Thursday, June 18, 2015

Tetamu Istimewa Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum.

selamat berpuasa semua. camne puasa pertama korang? okey? aku alhamdulillah tahun ni dapat puasa hari first. rasa dah dua tahun kot tak dapat puasa satu ramadhan. perjalanan puasa hari ni pun okey..

okey nak cerita kisah semalam, nak update semalam penat sangat, baru sempat hari ni. semalam En Buah Hati datang rumah, macam biasalah kalau dia pergi upsi memang akan singgah rumah kalau takde pape. 
kebetulan memang nak masak rendang daging. rezeki dia lah merasa rendang daging cili api air tangan aku, hehe. dia kata sedap. awww. berbunga-bunga hati ini.. hehehe
sebelum masak renadang, aku cepat-cepat buah orea cheese ni, laju-laju buat takut tak sempat nak buat yang lain. rupa tak semegah sikit, haha. sebab buat campak-campak jer. satu tak cukup bahan, tapi aku rasa okey jer. EBH dia tak minat sangat cheese so dia tak tau komen. ciss! hahaha mujur ada kek batik febret dia.

 serius semalam tersangat penat, bangun pagi terus pergi pasar beli bahan. basuh baju penuh mesin. dah basuh nak sidai lagi, masak. dari pukul 7.30 sampai ke 12 lebih kot baru settle, boleh duduk legakan badan. penat okey buat kerja rumah ni.. dah la lately belakang, belah atas aku asik rasa macam sengal-sengal nape tah. bila dah penat sangat lagi rasa. malam baring tak sampai soploh minit dah terlelap. hahaa.  ni belum kawen ada anak lagi. fuhhh. #kesatpeloh
dapat jumpa sembang-sembang kejap okey dah. mekasih la sudi singgah. suka sangat time sembang-sembang pasal baju, kasut semua tu.. ngeee.. terima kasih kamera fon membuatkan aku nampak lagi cerah dari dia. haha. realitinya die lagi cerah.

jumpa lagi sebulan ye. raya nanti. inshaAllah.

3 comments:

Hans said...

wah...best lah
apa2pun selamat berpuasa

hidayu ayumie said...

wahh rendang cili ape
mesti pedas kan

Messarah _ said...

http://messarah.blogspot.com/