Sunday, March 15, 2015

Tahniah Hawa Dan Nasrullah

Assalamualaikum.


musim cuti sekolah memang musim kenduri.. 
semalam kawan sekolah menengah aku kawen, dua-dua guru sesuai sangatlah..hihi. tahniah hawa kawen juga akhirnya korang. sebab time sekolah dulu dia selalu sebut nak kawen ha kawen pun. haha. aku je time sekolah mana reti nak kawen-kawen ni, bercinta kera tah pape. ahha tapi sekarang ye nak kawen sebab sekarang dah dengan cinta sejati. waa gitu.. haha

kawan kawen nilah aku akan cuba datang, sebab ala korang semua tahulah sebab apa. sebab memang susah punya nak jumpa kalau takde majlis-majlis camni. batch aku 1991. umur dah tuda dah tak remaja dah so masing-masing tengah dalam perancangan nak bertukar status. termasuk aku lakan. gila taknak. kah!


ni semua kawan sekolah menengah aku dari form1 sampai form5. yang duduk sebelah2 tu dah kawen, siap dah ada yang kendong anak lagi. haha. aku kendong beg tangan je la mampu. batch aku ramai kawen dengan kawan sekolah. kita tunggu bulan 12 ni pun kawen dengan kawan sekolah. haha. aku je suka orang jauh2 ni.. lalala


ni kawan aku time sama amek tingkatan 6 STAM.. hawa pun amek stam sama. lelaki dua orang je ha datang. haha. lain2 semua ramai dekat mesir, maklumlah cemerlang belaka tak macam aku. hahaha. eh Muaz sama plak posisi tangan. haha. tengok kat laptop baru perasan, dia pun budak mesir gak, kebetulan ada kat Malaysia time Hawa kawen gigih dia datang. nanti aku kawen ko tak datang aku tumbuk!! HUH


kita wefie dulu sementara pengantin main kompang-kompang kat luar. haha



raja sehari.. cantik sangat hawa, makeup untuk hari ni cantik. simple. aku siap mintak kad akak yang makeup dia lagi.. terjumpa yang makeup simple dan dekat dengan rumah aku, rugi ah tak amik. hihihihi


cantikkan pelamin, simple. aku suka simple-simple..macam biasa aku amek berkat banyak-banyak. hahaha. time nikah aku duduk belakang pengantin lagi, nampak tak gigih ambil berkat tu camne. hahahaha. 

okey dah, korang doakan aku cepat kawen! 



5 comments:

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik...wahh...tahniah kepada kawan adik semoga berbahagia hingga akhir hayat...

Ezy Loy said...

dh jd trend plak kan..
cuti sklh org kawen..
ekeke..
tahniah kepada pngntin!

Suria Lekatlekitgurl said...

dari zaman cinta monyet sehingga jadi cinta manusia la ni.. apapun musim cuti sekolah memang musim orang kawen hehehehe tahniah pada kawan yg naik pelamin tu

Miss Xyz said...

Saya tak sabar nk tgk siapa kawan sklh yg kawen dulu ehehe

afeefa azim said...

Moga cepat kawen empunya blog eh hahahaha muaahhh ciked