Thursday, February 12, 2015

Unbroken. Reunion

Assalamualaikum..

semalam aku reunion dengan budak kelas. reunion sangat. haha. kengkonon. maklumlah berbulan tak jumpakan..walhal  tiga bulan je.. ceh...hihi.. ni kebetulan nak jumpa pensyarah so alang-alang ramai ada dah time ni teruslah lepak sama.. kitorang lepak the mines je dekat dengan kolej, tengok wayang. makan-makan. sembang-sembang..


7 orang belum ramai lagi. sebelum ni aku pernah pergi lepak lagi ramai. he. kitorang pilih cerita UNBROKEN. nanti kat bawah aku review sikit  ye pasal cerita ni, best ke tak.. :)


disebabkan kitorang sampai dalam tengahhari memang tuju makan dululah sebab masing-masing dah kebulur, tiket ambil pukul 3.45 so adalah masa panjang nak lepak makan menyembang bagai.. kiorang lepak dekat texas chicken.. dari penuh kedai dengan orang sampai kosong kitorang duduk bersembang dalam tu.. riuh macam kedai mamak dah kitorang buat. haha. kemain main flasback benda kelakar, meriah gila gelak kot..! tak kisah dah orang sekeliling.

lagi-lagi member aku semua jenis gelak meriah, haha lagi seronok lakan cerita dia. ni berapa bulan tak jumpa. belum bertahun lagi..haha.


sebenarnya aku dengan mus (shawl hitam) je yang berbulan tak jumpa dorang. yang lain semua hari-hari jumpa sebab sama tempat praktikal.. tapi meriah jumpa pun macam bukan hari-hari jumpa.. sembang kemain..haha.. seronok lepak dengan korang woii! nanti kite deal bercuti pulak kehh!!


=D


okey.. cerita lepak dah habis. aku nak review sikit movie yang kitorang tengok semalam..
UNBROKEN.. sebenarnya nak tengok cerita lain, tapi cerita tu takde so kitorang dok search la cerita unbroken ni dengan jupiter. bincang-bincang ambil cerita ni, aku risau gak tak best sebab aku kalau nak tengok movie biasanya akan study dulu, kalau main terjah biasanya cerita tak best.. gitew, tapi kali ni redah jela. lagi pun niat sebab nak lepak dengan member. cerita tak best tu tolak tepilah.

unbroken ni cerita pasal perang, ni satu hal aku risau sebab aku tak suka tengok cerita perang. tapi serius cerita ni tak mengecewakan! watak utama cerita ni Louis Zamperini, dia askar dan dia seorang atlet lumba lari. abang dia penyebab utama kejayaan dia sebab masa kecik dia selalu kena buli dengan kawan-kawan dia.. dan dia tak yakin dengan kebolehan dia, tapi rupanya dia pelumba terbaik. dan satu hari dia dengan team dia kena pergi misi menyelamat, dan tiba-tiba jet dorang terhempas tengah laut. tiga orang je hidup time tu.

bila dah tengah laut dorang memang kena survive hidup semua.. lama keh sebulan lebih,scene ni pun best keh... sampailah dorang terhanyut dekat kapal jepun.. kat situ kena seksa lagi dan.. okey aku cerita sampai sini je lah ye.. tapi paling best cerita ni adalah kisah benar. dan dia arah oleh Angelina Jolie.. respect! cerita ni memang best tak rugi korang tengok.

4.5/5 bintang untuk Louis dan Angie.




p/s: cantik tak design baru blog aku? hihi.. nanti aku buat entry tentang ni keh.

2 comments:

Maria Hasun said...

Da tgk iklan dia. tp part perang pukul x sanggup nak tgk g . huh

Ezy Loy said...

lam xtgk wayang.. sobs..

yatt.. tumpang tnye.. font jenis pe yatt gne ni?
dh lam cr xjmpe..
sobs lg..

arap blh gtau..
=')