Monday, February 9, 2015

Hai Suami Ku Encik Perfect 10!

Assalamualaikum.

dah lama aku tak cerita kat blog pasal movie yang aku tengok dekat wayang. banyak dah sebenarnya tapi cerita tu simpan wat kenangan jela, nak semat dalam entry blok tak berkesempatan. banyak sangat aku kerja luar, duduk opis pun ada kerja.. 

hari ni pun tetiba rajin nak cerita.hee. hari tu lepas shooting sesorang.. sesorang ye. aku ni dah la pemalu, tebalkan la muka sorang-sorang. mus balik pahang kakak dia kawen so tabahlah aku seorang diri. dah selesai tu aku malas nak terus balik rumah sewa, awal lagi pun masa time tu. aku singgah The Mines kejap, dah lama tak menyinggah. sejak aku duduk subang ni memang tak la nak ke mines punyalah jauh. subang ada banyak mall lain yang lagi best yang dekat gila sampai dah.. yang dekat tu bukan satu dua, banyak! haaha

tujuan paling utama aku nak ke the mines ni adalah sebab kat sini ada kedai takoyaki sedap. lama gila aku craving keh takoyaki, sebab aku tak jumpa lagi yang sedap selain dekat Mines ni. tapi aku  dapat kecewa je, sebab kedai tu tak wujud dah.. hmm sedih.. tak tahu kenapa tutup, tukar jadi kedai lain. telan air liur jela aku. so sebab takoyaki takde aku pergi la makan texas chicken, dah pusing-pusing dan makan tak tahu nak buat apa. sebab aku jalan sorang-sorang. dalam hati teringin nak tengok wayang, tapi  yakin tak yakin je sebab pernah sekali aku tengok wayang sorang-sorang dan terasa bosan diri ini.

tu yang nak try yang kedua kali macam tak yakin.. tapi nak balik awal macam bosan, last-last aku pergi beli tiket jugak. haha. dan pilih cerita SEP10. sebab time tu cerita ni je nampak macam menarik, walaupun sebenarnya  aku tak suka nak layan cerita melayu kat wayang, lagi satu rasa macam membazir. tapi last-last aku pilih jugak cerita melayu. kah. malas nak pilih cerita yang berat sebab layan sorang-sorangkan, so kita pilih yang santai-santai je.


sembang dengan EBH aku cakap nak tengok cerita ni, dia kata nanti aku nangis sebab ada scene nangis dalam movie ni. konon! haha. tapi bila aku tengok dari awal sampai akhir aku dok gelak je tengok.. pastu dia putar belit cerita pulak kenapa aku tengok tak nangis.. haha geram betul!

okey untuk apa yang aku rasa dengan movie ni. adalah tak rugi duit aku bayar tiket, jarang tau nak rasa best dengan cerita melayu.. kah! dari awal cerita sampai akhir ada je scene yang aku ketawa, bukan aku sorang je ketawa penonton lain dalam wayang pun kemain meriah ketawa.. dah la aku pergi time hari kerja memang seornok la silang kaki kat dalam wayang sebab orang tak ramai.. memang santai walaupun aku tengok sorang, tak rasa pun masa lambat berlalu. lakonan lisa dengan aaron memang best. jalan cerita pun nice.

so siapa belum tengok boleh try la pergi tengok, buat masa ni kenalan aku yang dah pergi tengok semua kata best. dan sekarang membuktikan aku seorang yang boleh layan wayang sorang-sorang. tapi kena dengan cerita yang sesuai.ngee..

4/5 bintang aku bagi!



5 comments:

Ezy Loy said...

xsabar nk donlot movie ni..
hihik..
nk g panggung wayang jaoh sgt.. huhu

Maria Hasun said...

cerita nie BEST !!!

Nur Inani said...

jelesnyaa dah tengok :(

Hafiz Hafizol said...

belum tengok lagi. tunggu keluar tv jela hari raya nanti... HAHAHA

Puteri Beribiru said...

alaaa kite memang nak sangat tau nengok cerita ni,,bila entahnya..
kang by the time free cerita tu takde kat wayang pulak dah..hadoihhhh