Wednesday, August 24, 2016

Misi Mencari Baju Nikah, Resepsi, Family dan Bridesmaid

Assalamualikum..

Hai dah lama tak update blog, sangat sibuk dengan aktiviti sekolah. Bulan ni nak adakan hari sukan dan aku sebagai setiausaha kokurikulum. Dan ini menjadikan aku orang penting banyak benda nak fikir maka penat dan peninglah aku. Haha.

Gila tak pening nak fikirkan pasal hal sukan, pastu hal majlis kahwin aku yang tinggal lebih kurang 3 bulan je lagi. Tapi dah settle beli baju semua ni dah lega sikit dah. Yey! Minggu lepas hari sabtu aku, en tunang dan member-member aku keluar pi jakel shah alam sebab nak pergi beli kain untuk majlis aku nanti. Nak dapatkan tarikh semua boleh turun serius susah gila. Tak aku ad hal, en tunang ada hal atau member-member aku ad hal. Dan alhamdulillah sabtu lepas dapat tarikh yang sesuai, tapi masih tak semua ada janji ad wakil pun okey dah.
Sebenarnya bridesmaid aku ada 8 orang yang tiga orang ni je free tarikh tu, dah ada dorang bertiga ni dah cukup okey dan sangat membantu aku dah. Wehh seriuslah! Dorang takde bingung kot aku nak pilih kain tok baju nikah dengan bertandang, nak pilih jenis kain yang sesuai satu hal warna satu hal boleh menangis aku kat jakel tu. Haha. Ada dorang bagi pendapat mana okey sangat membantu, dan juga en tunang. Aku suka bila en tunang bagi pendapat mana okey, sebab dia jenis biasa yang kalau apa-apa hanya ikut pendapat aku je mana aku suka, tapi untuk majlis kami berdua dia pandai dah buat pilihan mana dia suka dan kami berdua akan sama-sama bersetuju.
Dua gambar atas ni baju untuk majlis belah perak nanti. Nak pilih dua lace ni 5 kepala bagi pendapat. Haha. Nak tahu mana satu yang terpilih? Tunggu bila aku dah pakai masa majlis nanti ye, belah lelaki bulan 12 nanti ah tapinye. Hehe. Harga lace semeter rm150 aku dapat harga rm90. Tapi memang cun ah lace tu.

Sebenarnya ikutkan plan belah lelaki nak pakai tema warna peach coklat camtu, tapi kat jakel takde warna peach coklat yang cantik. So akhirnya warna di ataslah jadi pilihan warna coklat lembut, yup tu en tunang kite yang pilih mana dia berkenan, aku suruh pilih. Hehe. Pandai dah sekarang pilih-pilih kainn :P tepuk tangan untuk en tunang kiteww.
Okey, Warna gold ni warna untuk family aku, ni pun aku yang pilih dorang ikot aku je so senang. Semeter aku dapat rm8, kain sangat okey kualiti dia.
Baby blue for my girls! Ni dorang yang pilih sendiri yang penting bridesmaid tak kalahkan pengantin. Haha
Done shopping! 3 jam lebih dekat dalam jakel je nak pilih kain, fuhh! Serius penat gila. Tapi seronok sebab kite bakal pengantin. Lalalala. Berbunga hati bila orang sebut "pengantin" hehe. Sian en tunang penat dah la datang jauh dari perak muka tarak senyum dah.

Jubah nikah untuk en tunang mujur ada saiz sesuai sebab dia tinggi kurus, kalau tak memang kene tempah. Dapat jubah aaron ajis tuuu. Haha. Tengok dia cuba jubah nampak smart terus rasa nak nikah hari tu jugak! Haha gataikan.

Jumlah shopping hari tersebut, jubah lelaki 1, kain untuk baju nikah aku dua jenis kain, majlis belah lelaki untuk baju melayu, baju aku dua jenis kain, family 9 orang bridesmaid 7 orang, dengan kain untuk shawl. Semuanya tak sampai 1k pun. Korang nak shopping kat jakel kene pandai bodek sambil kenyit2 mata kat abang bangla. Haha. Maceh en tunang belanja kite. Muahhh!!!

Okey sekarang debar tunggu baju siap jahit, camnelah rupanya nanti. Harap semuanya okey-okey saja. :*

4 comments:

Mieza S said...

Wah. semoga dipermudahkan urusan bakal pengantin ye ^_^

ezy.fia said...

semoga dipermudahkan.. =)

rindu pulak nk busy2 ngn persiapan kawen..
serius ckp walaupon penat tp ttp happy kan..
nt dh kawen mula la rindu saat2 ni balik.. huhu

E'in said...

dh nak kawen dh yat.. yeaay!! semoga dipermudahkan segala urusan yunk.. jage diri bebaik taw..

Valkrie said...

pertama kali nak singgah Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta Barat dan lagi lagi Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta Barat semoga semua bermanfaat Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta Barat