Monday, November 2, 2015

Hai November. Semoga Baik-Baik Sahaja Oke?

Assalamualaikum

dah bulan november dah. bulan paling febret sebab november bulan aku lahir. biasanya bila bulan november je banyak lah pengharapan yang aku ada. so november untuk tahun  ni sangat banyak pengharapan yang aku letak. dan tinggi jugak pengharapan aku untuk dapat aku yang aku nak tu, 

sebab banyak dah aku hadap ni, salah satunya pengharapan sangat untuk dapat kerja sebab lama sangat dah ni duduk rumah, tepu dah segala bagai badan otak semualah. bosan nak mampus pun satu hal, sebab aku bukan jenis boleh duduk rumah lama-lama, dah biasa duduk asrama, kolej yang ada ramai kawan-kawan. satunya kat rumah sini aku mana ada kawan ada sorang tu pun sibuk kerja.

so hidup aku dengan gadjet je lah. laptop, fon tu jelah aku hadap. internet jelah hidup aku. so nampak tak bosan dia macam mana? huhh. ingat seronok ke ngadap benda tu hari-hari. takde life langsung kot. kat wasap jelah aku sembang dengan orang, tu pun bukan nya dua puloh pat jam nak bersembang pun. kadang tengah sembang-sembang hilang, maklum la masing-masing ada hal masing-masing ada yang kerja. so camtu aku menjadilah krik krik. sobs.

EBH pun sama sibuk, wasap-wasap hilang dia pun bz. duduk rumah biasalah banyak masa terluangkan tu macam banyak bosan jer, so kalau dah kerja takdelah rasa bosan sangat kot. malam pun mesti penat nak tidur awal so takdelah mata segar sebab siang dah tido, kah. member aku sorang tu gigih nak kol aku malam nak ajak sembang, tapi sebab siang dia kerja so sambil nak tunggu masa nak sembang dengan aku dia dah tertido dulu. pastu bazir je dia punya panggilan yang dia wat tu. haha. gigih sangat. banyak kali plak dah tu. bila nak berjayanya entah lah. haha. 
so harap banyak benda baik yang berlaku bulan november ni. lagi hari isitmewa aku. takde yang rosakkan mood, itu yang paling penting.

2 comments:

Nabila Syifa said...

me too..me too.harap ada kejutan november yg baik2 utk i :)

E'in said...

dh masuk december nie.. so mcm mane bln november haritu? hihi