Sunday, August 31, 2014

Sekali Satu

assalamulaikum..

sebulan dah tak hapdet blog.. kesian blog aku terbengkalai, kesian cerita cerita aku semua jadi basi.. haha. so ni aku nak cerita entry raya, tapi versi aku gabungkan semua.. nak buat satu-satu entry tinggal harapan jela. malas, dah basi, takde masa.. ha banyak alasannya kan.. haha.

raya dah habis baru nak cerita pasal raya.. ah kesah pulak aku.. he. btw raya tahun ni bagi aku tak meriah pun, biasa saje. pagi-pagi dok takde perasaan nak beraya adalah rasa nak duduk rumah diam-diam. rasa nak balik kolej cepat-cepat.. tahun ni puasa rasa kejap sangat, rasa berlalu macam tu je.. mungkin ni salah satu sebab raya pun rasa biasa-biasa je.

raya tahun ni ada member aku sorang beraya kat rumah aku sebab dia duduk jauh nun kat sabah. lagi pun dia memang anak angkat abah aku., paling bagus dia sangat senang nak biasa dengan keadaan dah memang macam family sendiri.. senang.. dan sekurannya aku ada teman kat rumah bila adik beradik semua dah balik.

dengan family kakak aku, abang aku sorang dah pergi baraan dua lagi abang rumah mertua..sunyi tahun ni.. sebab abang aku yang anak ramai tu balik rumah mertua.


individu yang wajib datang ke rumah adalah en buah ati.. kalau tak datang aku majuk.. haha..individu yang mana aku akan rasa kecik kalau berdiri sebelah dia.. masa mula jumpa takdelah berbeza sangat tinggi..sekarang kemain beza dia.. thanks EBH datang, lepak lelama dengan kita.. sori spaghentti kurang menjadi.. haha apa pasal pun aku tak tahulah, sebelum ni aku masak untuk member kat kolej elok je, tiba untuk insan tercinta tak menjadi pulak..sian dia.. len kali kite buat kasi menjadi pulak ye.. :* ni dah berapa bulan dah ni tak berjumpa ni.. haish windu ah!

nak belanja ootd raya pulak.


 RAYA PERTAMA
RAYA KEDUA

 RAYA KEEMPAT *raya ketiga layan tetamu.. fuhh


RAYA KEENAM



balik kolej beraya dengan kawan kolej pulak.. seharian pergi beraya, walhal kerja masing-masing bertimbun kot! haha.. tapi serius keluar memang buat lupa segala masalah. enjoy gila dengan dorang sampai ke negeri sembilan kitorang beraya.. terima kasih korang yang join, nanti kuar jalan sama lagi pergi bercuti pulak ke..tapi kita-kita ni je.. yang lain tak payah leceh!hehe

rumah makcik aku yang kat seremban tu yang aku tak pernah datang akhirnya aku sampai jugak.. siap dapat duit raya sorang soploh hinggit lagi.. hehe.. btw aku suka kawan-kawan aku kenal family aku, dan family aku kenal siapa kawan-kawann aku..
bila dengan dorang bergambar itu wajib! :)

Thursday, July 3, 2014

MCP Projek 1 : Talent VS Studio Director

Assalamualaikum...

dua minggu di hari isnin kami menetap di studio untuk subjek MCP, dan setiap dua minggu yang berbeza ada tugasan yang berbeza.. kami ada dua group, untuk group aku minggu pertama kami semua jadi talent dan perlu melakukan apa yang diarahkah oleh pengarah untuk program tersebut.. dan kebetulan kelas aku jumlahnya genap memasing ada pasangan masing-masing.. 

aku dapat dengan azlina, dan tugasan yang aku kena buat adalah bersenam di depan kamera.. haa amikkau.. haha.. pensyarah aku siap cakap "saya tak dapat bayangkan camne yatt bersenam" hahahaha.. aku dah gelak segan dah.. dah itu yang partner aku nak buat untuk program dia.. aku redahkan saja.. konon macam okey la.. cool lakan.. bila dah time nak kena depan kamera nak bersenam.. hahaha malu siot!!!!!!!! dengan member-member lelakinya.. tebalkan muka jela cerita dia.. lagi pun budak lelaki kelas aku memang dah biasa dengan perangai gangster aku dan suka nganjing aku.. 

kitorang di beri masa 3 minit nak beraksi depan kamera.. time tu minta cepat je masa habis.. haha.. mula-mula aku cool lagi buat konon tak malu sambil buat gerakan-gerakan badan kira sampai 10.. dan sampai satu tahap aku tergelak depan kamera sebab ada member dok menganjing ikot gaya aku senam kat studio bahagian dalam, member lelaki rapat dengan aku, aku dah la segan dia siap ikot aku bersenam.. choi sangat!!!!!!!! haha.. dengan aku nampak pensyarah aku tergelaknya, member lain pun gelak.. lama-lama aku pun dok tergelak sambil bersenam haa.. tapi pengalaman sangat best.. markah pun pensyarah bagi kat pengarah program, untuk talent takde markah so buat ada salah pun takde hal.. cuma janji kau buat ikot arahan pengarah program..


budak lelaki yang pose seksi tu ha yang dok menganjing aku ikot aku bersenam.. seminggu jugak dia bahan aku.. haha.. gambar atas ni antara ahli group aku, kami ada 9 orang semua dan time ni group aku kena jadi talent untuk minggu tu.. nampak tak outfit aku, khas untuk bersenam.. dan aku sorang je talent yang berpeluh depan kamera sebab aku kena bersenam.. haha.. sebab studio memang sejuk gila talent lain semua dok menahan sejuk.. 


gambar atas ni minggu kedua, minggu group aku pulak yang jadi pengarah.. (yang tengah talent).. sebenarnya bukan mengarah je tugas untuk minggu ni.. ada jadi jaga kamera, jadi FM (Floor Manager), jaga bahagian lampu, bahagian audio, bahagian suis untuk kamera.. tapi utamanya adalah pengarahan, dan pensyarah akan bagi markah ikot camne kami mengarah.. alhamdulillah time aku semua okey, azlina berjaya membawa tugasan sebagai talent dengan baik.. owh ye, aku punya sagmen pasal makeup asas.. so azlina kena makeup depan kamera.. haha.. 

dia kata segan.. belum fikir segan aku bersenam kiri kanan lagi depan kamera.. ahhaha.. dan bila selesai 3 minit shoot bahagian aku, aku dengar pensyarah cakap perlahan jela tapi.. "okey bagus".. bangga dengan diri sendiri kejap..hehe.. alhamdulillah projek pertama dah selesai, pensyarah dah pun bagi markah.. so projek yang seterusnya pulak untuk dilaksanakan..

projek 2.. kali ni gerak dalam kumpulan dan kami kena buat program berkaitan dengan intertainment.. dan projek yang kedua ini jugak aku telah dipilih oleh pensyarah aku untuk jadi producer..fuuhhh..... jawatan yang paling besar dan proposal aku yang kena buat.. takut-takut jugak bila dapat amanah untuk jadi producer ni, inshaAllah cuba buat yang terbaik.. bangga dengan diri sendiri sebab pensyarah yakin aku boleh untuk jawatan ni.. sebab aku pun tak yakin dengan diri sendiri akan dapat jawatan camni.. akan ku cuba lakukan yang terbaik.. yeahhh!!


Saturday, June 28, 2014

Seksinya Robot Ittew!

Assalamualaikum..

akhirnya edisi yang ke empat baru aku berkesempatan tengok transformers ni kat wayang.. huwaa.. gembiranya rasa! dan sebelum dapat memiliki tiket wayang cerita ni dasyat kesusahan nak dapatkan.. haha.. sebabnya ni kali pertama aku beli tiket wayang secara online.. gigih wo sebab aku tahu tiket akan soldout punyalah.. so seperti biasa bila kali pertama ada je benda tak kena, ke hulur ke hilir jugak la aku.. siap maybank2u kene block lagi ha.. haha.. hampir berputus asa kot.. tapi akhirnya berjaya jugak aku memiliki tiket ikot masa dan tempat duduk yang aku suka.. yeaahh!!


kami pergi berempat sahaja.. sebab member yang lain ada hal.. dan ada yang memang tak berapa suka nak layan movie.. antara kami aku dengan budak sebelah aku tu yang gila transformers ni.. paling semangat nak tengok.. haha.. tapikan beli tiket online, debar dia lain macam kot.. over kau.. hilang debar bila dah dapat masuk wayang dan duduk dekat seat kami.. sebab kalau pakai online dia just perlu scan je bila sampai sana, first time katanya tu yang debor..haha..


nampak muka bahagia nak pergi tengok robot..hehe

dan seperti yang disangka.. tersangatlah ramai orang kaunter beli tiket punya panjang.. time yang aku nak tengok pun dah soldout.. kira ada banyaklah time yang dah soldout.. ni orang yang dok tunggu nak masuk pon punya ramai.. yang tengah beratur tunggu hall bukak pun satu hal jugak.. siap bersorak nak masuk bila hall dah bukak.. kemain semangat.. haha

dan untuk transformers 4 ni. kalau tanya aku jawapan aku adalah ohsem!!!!!!! part aksi paling aku suka.. siap besarkan mata yang dah tersedia besar ni ha.. siap tak berkelip.. haha.. time robot tu bertukar-tukar.. macam aksi batak aku buat.. hehe.. excited dia macam budak kecik kot.. kalau tengok dengan en buah ati mesti die senyum-senyum tengok gelagat aku.. tak pun buat muka pelik dia.. haha.. cuma aku lebih suka kalau sam witwicky masih wujud.. sebab suka dia shia dengan watak tu.. owh ye, pastikan kalau nak tengok cerita ni anda bukan dalam keadaan penat dan mengantuk.. sebab jalan cerita dia agak lama.. tapi kalau aku memang tak la nak tidur.. nak terkencing pun sanggup tahan kott! haha..


dan aku berjaya juga memiliki natang satu ni.. haha.. gigih wo beli set combo.. takot betul habis stok.. benda tak la best mana pun tekan kepala dia keluar lampu kat mata.. tapi natang limited edition ni memang aku gemar sangat ha.. ahhaha.. spoil satu sebab kene beli set combo nak dapatkan benda ni.. kalau tak sekali dua aku beli.. lagi satu optimus prime.. dan disebabkan aku gemar bee lebih aku pilih la bee.. 

ni rasa nak tengok yang 3D pulak.. tak pon imax, sebab katanya imax lagi best.. entah la.. tapi dah bulan puasa, aku bulan puasa kalau boleh memang elak masuk wayang.. so macam tak dan nak tengok dengan en buah hati..huhu.. sebab dia suka cerita ni, dan aku pun gila suka.. haa.. kan syok tengok dengan orang yang tersayang gitu.. tapi masa dan keadaan macam tak mengizinkan..huuuu.. takpe la transformers5 la kite tengok sesama ye cukk? hehe..

Saturday, June 21, 2014

Gila-Gila Dan Tidak Matang Adalah Dua Perkara Berbeza

Assalamualaikum..

hai korang, macam biasa aku kalau dah start bukak sem memang akan tak ada masa untuk update blog aku.. faktor internet yang sangat tidak membantu untuk aku mengupdate blog dan kekangan masa yang kadang-kadang maha dasyat.. 

sekarang pun aku curi masa update, walhal tengah cari bahan untuk assignment.. kali ni aku nak cerita tentang gila-gila dan tak matang.. untuk korang yang tak kenal aku, aku adalah seorang yang sangat gila-gila.. tapi biasanya gila-gila aku dengan orang yang aku rapat jer, macam dengan member-member.. kalau dengan orang yang aku tak berminat aku akan menjadi seorang yang serius.. kadang-kadang sangat serius, yang ni aku tahu kalau aku serius ramai yang tak suka.. kah! 

ada satu masa tu aku buatlah perangai gila-gila aku dengan member aku, ala benda biasa gurau-gurau.. kitorang memang biasa bergurau macam tu.. lepas tu roomate baru dia geleng-geleng kepala tengok gelagat kitorang (ala gaya macam ee macam budak-budak tak matang) bajet dia matang sangat.. konon baru dua bulan kahwin dah cukup matanglah? tahulah umur 19 tahun dah kawin, tapi itu bukan bukti kau dah cukup matang dalam segala hal.. aku mengaku, tak semua benda aku matang nak handle lagi bab emosi. sebab aku ni jenis kepala angin sikit.. tapi tak la semua perkara nak angin je, ada masa aku cool jugak tapi tak banyak..haha.

 tapi apa yang korang perlu tahu gila-gila dengan tak matang adalah perkara berbeza, gila-gila ni jenis yang perangai suka buat pelik-pelik..tapi bukan buat benda bodoh ye.. boleh buat member kau gelak sampai sakit perut, lebih kepada menjalani kehidupan dengan cara tidak terlalu serius.. kau nak serius je memanjang bole stress kot.. aku kalau nak hilang kan stress dengan perangai gila-gila akulah.. lelagi dengan member.. gelak-gelak tapi dalam hati ada je benda dok fikir, bolehlah kurangkan sikit tekanan tu..

kalau bab matang dalam hal kau handle sesuatu, contoh perhubungan antara manusia.. menghadapi sesebuah situasi atau ujian.. atau pelbagai.. aku tahu ramai yang tahu apa istilah matang dengan gila-gila ni, cuma adalah sesetengah yang menganggap dua perkara ni adalah sama.. dan apa yang kita tahu umur takkan dapat membuktikan kematangan seseorang, ini adalah betul sebab kau ingat umur bila dah 50+ dia dah cukup matang? tak ada maknanyeeeee.. percayalah, bukti ada depan mata aku.. kalau korang tak percaya cuba perhati orang betul-betul orang sekeliling kau, lebih lagi yang paling dekat dengan korang.. mesti korang akan jumpa perangai tak matang dorang, dan kadang korang lagi matang dalam situasi tu.

perangai gila-gila aku ni kadang benda aku gurau je cakap dengan member dorang ingat aku serius.. pernah satu event aku saje je cakap (whatsaap) dengan member aku (lelaki) yang aku nak duduk sebelah dia sebab seat sebelah dia kosong.. aku : "der nak duduk sebelah pewliss" dia : "ni tempat ada oranglah" (gaya serius)
aku : "yang kau serius sangat dah kenapa? aku gurau jelah" dia : "manalah aku tahu, kau tukan gila".. haha.. takkan lah dalam event duduk asing laki perempuan aku boleh buat tak malu nak duduk sebelah dia.. kosser.. 

dalam hubungan percintaan sikap gila-gila adalah digalakkan.. matang lagi digalakkan, kang semua benda buat perangai tak matang mahu jahanam percintaan korang tu.. aku dengan en buah hati, perangai takde nak cover-cover.. nak bersopan santun, lagilah jangan harap.. haha.. kadang dia siap buat muka dengan perangai aku.. kahkah.. nasib dengan perangai aku yang tah pape ni dia masih sayang dan cakap aku comel.. hahaha.. k bai!


ni pendapat aku jer.. korang mungkin ada pendapat korang sendiri.. boleh share diruang komen ye.. tapi jangan maki-maki pulak.. kalau maki-maki kat blog aku.. aku bagi muka macam kat atas tu je.. malass layan.. okey.. sekian terima kasih 






Saturday, June 7, 2014

Rindu Yang Tidak Kurang

Assalamualaikum..

aktiviti sebelum bukak sem adalah berjumpa dengan en buah hati dulu.. nak lepas rindu yang berbulan tak jumpa kononnya.. tapi macam biasalah, kalau jumpa bukan makin hilang rindu.. makin bertambah rindu adalah, memang tu yang akan sentiasa berlaku kekdahnya.. haha..

dah lama tak jumpa, macam-macam aktiviti sesama nak buat.. makan jejalan, tengok wayang.. aku pilih tengok cerita Maleficent, seriusly cerita ni sangatlah best okey! aku peminat disney punya cerita, dan memang berbaloi tengok cerita ni.. watak angelina jolie sangat disukai.. en buah hati pun kata best, tapi tak tahulah ikhlas ke tak tu.. hahaha,. 5/5 bintang untuk Maleficent..


kalau dah jumpa en buah hati memang takdelah yang tak bestkan.. lama tak jejalan sesama katanya.. bukan senang nak jumpa memasing jauh.. hu.. jumpa kali ni en buah hati siap tanya nak pape tak, beg ke, kasut ke, baju ke.. haha.. malunya nak req nak pilih apa time tu.. yela dia pun masih part time belajar duit gaji nak banyak guna untuk belajar.. tapi dah en buah hati berbesar hari mengofferkan apa yang aku nak. haish rugilah kan kalau menolak..hahaha.. beg, tak rasa nak beli baru lagi.. kasut banyak lagi yang belum dan nak dipakai.. yang aku tengah pakai tu pun masih baru lagi.. so dapat lah kemeja dengan seluar jeans sepasang..hee


lepas ni nak tengok transfomers pulak.. filem wajib tonton tahun ni.. serius.. kerana aku minat gila transformers! wait for me 26 jun!


thanks EBH untuk hari indah itu.. belanja saya macam-macam, layan gila saya.. u always be the best partner for me.. always.. sentiasa kata saya comel walaupun saya tengah comot.. harap dah kawen nanti masih kata comel la ye..hehe.. 

bila dengan kesayangan masa yang lama rasa kejap sangat.. time berpisah adalah time paling tak best..