Monday, January 14, 2013

Edit Crying And Upload

Assalamualaikum..

alahai lamanyelah aku tak update blog.. takde mood campur dengan sibuk lagi..sekarang seminggu sekali je sempat update..janji sempatkan, dari tak langsung..sian blog kesayangan aku ni..

okey aku sebenarnya nak cerita pasal aku buat assignment edit video ni..seriusly aku katakan aku memang tak reti langsung nak edit video ni lahai..tapi assigment kena edit video pulak..terpaksa la buat jugak, kalau tak hilang lah markahkan..rugi-rugi.. assignment aku kena cari muvie omputeh lepas tu cari camera movement dengan shot yang ada dalam cerita tu.. tang ni yang leceh sebab nak kena search internet cari satu-satu..punya lah lama aku menyiapkan..huhu

 nak kena edit video ni kena guna software adobe premere, tapi laptop aku tak boleh support software tu..ah sudah risau dah ni..tarikh submit time cuti, kat kolej je ada makmal yang ada software ni..last-last aku guna muvie maker je..janji aku siapkan dari tak buat langsungkan.. okey, dan di sebabkan aku ni tak pandai nak mengedit video lama gila aku mengedit..tengah syok-syok edit tetibe muvie maker hang!!!! tahu tak perasaan time ni macam mana? rasa nak terjun banggunan tahu tak! penat wo..dah la mata dah mengantok gila..

menangis terus aku..stress kot.. sob..sob.. hilang terus mood nak edit, terus tutup laptop masuk bilik.. siap mengadu dekat buah ati..nasib la ada buah ati, ada gak la orang nak mengade-ngadekan.. so lepas mengadu tu, okey la sikit hati ni.. thanks en buah ati ku!! 

so esok pagi sambung balik kerja..alhamdulillah selesai jugak, dapat submit before tarikh..lecture suruh sent URL youtube by email je.. so kena upload kat youtube..ni pon first time aku upload video kat youtube, sebab takde video yang aku nak upload kot..nak jadi cam matluthfi kang femes pulak aku.. so tu yang malas nak upload video tu..hahahahhaa..



so ni la video yang aku edit..haha..buruk kot.. tapi ni jer yang aku boleh buat.. so kalau rasa nak tengok, tengok la ye..haha.. owh ye..aku pilih cerita spiderman.. ada memory dengan video ni..hihi..so enjoy la ye...ngeee

Sunday, January 6, 2013

Majlis Perkahwinan Anak Rektor KUIS

assalamualaikum..
apa khabar korang? macam mana dengan permulaan tahun 2013? okey ke..aku buat masa ni.. alhamdulillah okey..cuma pening dengan assignment yang bertambah-tambah setiap minggu..huhu..tapi sebagai pelajar, nak buat macam mana..tu perkara wajib..ye dak..


okey..sekarang bukan nak cerita pasal assignment..tapi nak cerita pasal makan! hihi..semalam kami pelajar kuis di jemput kat majlis makan-makan sempena perkahwinan anak rektor kuis..bab makan percuma, hai..rugi lakan nak tolak..hehe..dekat je pulak tu..jalan kaki je sampai.wajib lakan pergi..


masuk-masuk je..tengok makanan banyak gila okey..tapi segan-segan jugak la.sebab kat bahagian dalam ramai staff, tapi kalau nak layan sangat segannya tu tak makan la pulak karang..haha..serius, jenis lauk banyak kot..antaranya, rendang daging, ayam goreng rempah, dalca campur, kambing, nangka masak lemak dan ada lagi yang aku tak ingat..kenyang gila kot..bruuupppp..hahaha..

antara banyak-banyak aku takkan amik kambing..sebab tak suka..dan masakannye serius sedap gila! jarang kot nak dapat katering yang masakannye betul-betul sedap..tapi yang ni, memang terbaik! sampai malam tu teringat-ingat tahu..haha..melampau..dan pelamin pengantin pon sangat joges! (tengok sambil pasang angan-angan) hehehehe


dan ni doorgift yang kitorang dapat..buku! aku sukalah..sebab aku memang suka buku..mula-mula aku ingat ada jualan buku sebab banyak gila buku tersusun atas meja..rupanya doorgift..heee..


p/s: kenyang sampai ke pagi esoknye..hahaha

Saturday, December 29, 2012

Bila En Buah Hati Bershopping

assalamualaikum..

hye korang..apa korang buat hari-hari cuti ni? aku cuti kali ni balik kampung! yehuu..dah sebulan tau tak balik..sebab sibuk sangat dekat kolejkan..bila dapat balik tu seronoknye lahai..tapi  cuti ni sampai ahad je..ingat nak straight je cuti sampai selasa, tapi isnin ada kelas pulak..huhu..selasa cuti balik sebab tahun baru..kalau dapat cuti isnin tu..baru la seronok cuti lama sikitkan..

tiga minggu dah camni..cuti tiap hari selasa je..mula-mula besday sultan, pastu krismas dan yang ni tahun baru..tapi tiap kali cuti selasa tu memang berjalanlah aku..bhaha..time besday sultan aku pergi keluar the mines tengok wayang sorang-sorang, krismas kuar dengan buah hati pulak..tahun baru nanti..masih dalam perancangan...hahaha..

okey ni nak cerita pasal keluar dating dengan en buah hati tercinta..hikhik..sebulan dah tak jumpa baru dapat jumpa kali ni..rindu tu tak terkata dah tau..biasalah PJJ memang camni..sape PJJ tu mesti faham perasaan akukan..hihi..kali ni dating sambil teman en buah hati kite shopping..first time tau teman die shopping, selalunya kitorang keluar pergi jalan-jalan, tengok wayang makan-makan..tak pon aku yang shopping, kali ni die..hiks..


en buah hati nak start mengajar dah..so tu nak cari baju baru tu..bila shopping dengan buah hati ni barulah tahu boleh tahan cerewet gak die..hihi..tapi nak bandingkan dengnan aku..aku lagi cerewet lakan..aku rasa semua kedai baju yang ada jual kemeja kitorang masuk, kalau jenis aku memang suka masuk banyak-banyak kedai sebab suka nak banding-bandingkan harga dengan jenis, so tak la rugi terbeli yang mahal tapi biasa-biasa jekan..

so buah hati pon jenis okey masuk banyak-banyak kedai..seronok la, hee..tu baru namanya shoppingkan.. tapi tiap kali pilih-pilih baju, en buah ati mesti akan tanya pendapat aku dulu..kalau aku kata tak okey, die tak belilah baju tu..alololo..omeykan buah hati kite nie..dan puas shopping..kitorang pergi makan dan lepas tu tengok wayang pulak..


okey part ni memang kelakar ye..eceli tengok wayang ni tak rancang tau..so tak survey dulu cerita mana yang best tapi kitorang ada dua pilihan cerita nak tengok..antaraCZ12 nie dengan Jack Reacher..tapi antara dua-dua cerita nie aku ada dengar ura-ura yang CZ12 nie seronok citenye dari kawan-kawan blogger..yang jack reacher takde lak aku dengar, tapi still confius nak pilih cerita yang mana..

last-last, en buah ati keluarkan duit syiling..pastu die lambung, kepala untuk CZ12 ekor untuk jack reacher..time ni punya nyorok-nyorok segan orang nampak, tergelak-gelak kitorang time ni..bhaha..lambungan yang pertama buah hati dapat kepala..lepas tu cam tak puas hati..aku pulak buat..dapat kepala jugak..pastu baru terus pergi kaunter tanya tiket..haha..punyalah payahkan..

tapi kat kaunter tu..siap tanya abang tu cerita yang mana yang lagii best..dah abang tu bercerita kat kitorang pulak kat kaunter..haha..nasib orang tak ramai time tu..last-last CZ12 jugak yang kami pilih..eceli yang jadi payah tu situasinya aku tak kesah cerita mana-mana..yang en buah ati pun tak kesah mana-mana..aku nak ikot die..die nak ikot aku..last-last tu yang lambung syiling tu..haha..adoyy..

dan...tak menyesallah pilih cerita ni..sebab ada humor dalam cerita ni..tu yang lagi menarik..jalan cerita die pun boleh tahan..tapi ada part yang aku tak berapa paham..tapi tak rugilah..so siapa yang belum tengok..silalah pergi tengok ye..last muvie aksi dari jackie chan ni..


Sunday, December 23, 2012

Walk For Peace

assalamualaikum..

semalam aku pergi Shah Alam untuk join program dari pada Mais..dan merupakan program wajib pergi sebab untuk koko aku..kalau tak pergi akan di kenakan tindakan..blerghh...so dengan tanpa hati yang rela aku pergi jugak lakan..

so jam 6.30 dah kena berkumpul depan cafe..owh, menggagahkan diri bangun awal, mandi awal-awal..walaupun mula-mula tak berapa ada hati tapi..semangat jugak tu..hehe


sampai je sana kitorang sarapan kejup, lepas tu dengar Talk dari ustaz Don..dalam pukul 8 lebih baru kitorang memulakan perjalanan.. jalan je.. sebab dah namanya WALKkan..walaupun hanya berjalan je..dapat membakar beratus kalori okey..dah la diri ni lama tak bersenam, malas punye pasal..ish3..


dalam sejam jugaklah kami berjalan, just pusing kawasan tu je..tapi agak luaslah..dan mejoriti daripada kami ni pelajar dari KUIS..politeknik pun ada gak..tapi tak ramai..time jalan ni aku enjoy sangat..


lepas dah habis pusing berjalan tu..ada ustaz Don dekat khemah dah semua berebut nak tangkap gambar dengan beliau..walhal pelajar kuis je memasing, gaya tak pernah jumpa..haha..kalau bertembung dengan ustaz dekat kolej takde lak nak berebut bergambar dengan beliau..

aku tak nak la bergambar dengan beliau..hormat beliau sebagai seorang ustaz dan juga suami orang, aku tengok ustaz pun macam tak berapa selesa bila gegadis kemain semua berebut nak bergambar dengan beliau..nampak kaku di situ..sian ustaz..hiks..


okey kalau retis di atas nak tangkap gambar sambil peluk beliau pun takpe..tak kesah lah..tapi pastikan anda sama jantinalah dengan beliau eh..kalau tak sama jangan ngengade..tu mintak kaki namanya..haha..tengok bertapa kontranya warna kulit kami.. huhuhu..maklum la..aku ni mix jawa..cenggitu la jadinya..haha


dan juga maskot..nampak je peluk bebetul tu..tapi peluk tak kena pon..sebab tak sure dalam tu laki ke perempuankan..tapi mus kata perempuan..aku still was-was..haha..dulu cam ngeri dengan maskot tapi dah okey da..hihi..macam budak-budak pulak.

Friday, December 14, 2012

Life Of Yatt..

Assalamualaikum..

kabare semua? sehat? baru je sempat nak update entry tiga hari lepas kot..mak ai..dah tiga hari baru sempat nak update.. serius aku sebuk sangat..online pakai fon tak boleh nak update blog..lagi suka guna laptop..sem ni sem yang sangat bz..ni berapa banyak assignment yang aku dah dapat..huhu..stress...

okey kembali kepada topik..aku nak cerita time besday sultan selangor ritukan cutikan..so aku sambut lah dengan tengok wayang..hahah..dah lama kot tak tengok wayang..gian habislah..tu sanggup redah turun The Mines sorang-sorang semata nak tengok wayang..hebak tak aku? ahha


sebab nak krismas dah..kemain bling bling..aku nak gak bergambar dengan bling bling ni..tapi..takde sape nak tangkapkan gambar aku..sebab jalan sorang-sorang..sob..sob...


so aku decide nak tengok cerita Life Of Pi..sebelum tengok aku dah survey kat tenet cerita mana yang menarik..sebab aku jenis tak berapa nak suka main redah tengok je..rugi wooo..kalau tak best..tapi serius cerita ni aku tak menyesal tengok..salah satu aku suka cerita ni sebab ada haiwan..akukan pencinta haiwan gitu..hihi..

cerita ni pasal macam mana Pi ni nak survive hidup kat tengah laut yang dalam bot yang die duduk tu ada harimau sekali dalam tu..bayangkan rimau tu....yang menarik dorang dua dua tetap hidup sampai dorang terdampar kat pantai..dah lah berhari hari kat tengah laut..dengan laparnya lagi..tapi camne Pi tu boleh buat rimau tu tak makan die..nak tahu..kenalah tengok..bhahaha..takkan nak cerita semua tak feel la beb..

part menarik jugak adalah..ada scene yang buat aku nak ketawa..tapi dalam masa yang sama rasa touching..camne boleh rasa dua benda ni dalam satu masa..bagi orang lain tak tahulakan..tapi bagi aku macam tu..huhu..orang dalam pawagam pun aku tengok dorang layan betul-betul ni..ada part tu..

siap satu pawagam tepuk tangan..tapi aku taklah..hihi..macam excited lebih la pulak..wat bese-bese sudah..tapi aku cadangkan korang kalau nak tengok ambil yang 3D..sebab visual die..sangat-sangat lawa..aku suka part time tengah malam ada ikan paus besar..serius OHSEM.!



ini adalah kali pertama aku tengok wayang sorang-sorang..haha..coolkan..tapi nak bandingkan sorang-sorang dengan berteman lagi seronok bertemanlah..ada geng nak dengar aku membebel komen pasal cerita tu..ni pendam sendiri dalam hati la..hahaha..dah la kiri kanan aku orang cina..sebelah kanan auntie sebelah kiri budak lelaki cina..ah memang tak berkomunikasilah aku..ngeh..ngeh..


disebabkan cuti umum..ramai family lepak mall..kfc.. mcd semua penuh..malas nak beratur panjang-panjang aku melantak takoyaki je..ni pun dah cukup kenyang kot..ayyooo..tengok gambar terliur pulak..


dan disebabkan keluar sorang-sorang juga takde sape nak mintak tolong tangkapkan gambar..kita gunakan bantuan cermin ajaib..!! ahaha..tetap nak ada gambar full tau..gagah aku cover tak nak kasi kantoi snap gambar depan cermin..haha..malu tahu!


so lepas tengok wayang jejalan kejup dalam mines tu..hayyo rambang mata dengan sale okeyh! kasut..kasut kasut..pengsan tengok...tapi kuatkan iman ye..tak beli..haha.. dan macam biasa suka main timbang-timbang berat..sebab dah lama tak timbang..nak tengok kot-kot berat makin naik ke..hehe..sekali..tak naik pun cenggitu jugak die.. BMI pun dah tak ideal dah..hayyo...ingat nak maintain 50kg je ritu..sekali teturun menjunam pulak..

sem ni lagilah bz..jadual kelas agak pack..memang jadual makan teraburlah..lama-lama tinggal tulang jela aku ni gamaknya..kuikui..--"



p/s: 4.5/5 Bintang untuk cerita ni...