Friday, January 14, 2011

Tetiba rasa nak makan

Apa yang aku rasa nak makan? okey korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah okey..amacam terliur gak tak macam aku?? huhu..walaupun sekarang perut tak berapa nak lapar, tapi lidah ni..merayu-rayu jew dekat aku supaya makan benda2 kat bawah ni..ada sesiapa sudi belanja aku tak?? (wat muka shomell)..haha..kalau dapat, aku nak makan banyak2..bile la agaknye dapat..sebab wat masa ni, tak berpeluang nak hangout..takpe2 aku akan cuba sedaya upaya cari peluang untuk memuaskan nafsu makan aku..haha..melampau..nak buat macam mana aku memang suka makan..lagi-lagi makanan tu aku suka, memang aku takkan lepaskan peluang untuk makan sampai kenyang..haha..jangan marah..;)

Tiramisu, terpengaruh sebab aku tengok drama tiramisu at tv3..huh!!

okey kek coklat memang kek febret aku..nyum3

dah lama tak makan Pizza sebab takde sape nak teman..haha

p/s: air liur asyik meleleh jew..haha..sumpah aku tipu..

Wednesday, January 12, 2011

Memang tak boleh tidur malam dibuatnya

Apa yang membuatkan aku susah nak tidur malam?
bukan sebab aku minum nescafe 3 in 1..
yang selalu aku minum sebelum pergi kuliah pagi..
nak buat nasi goreng tak sempat lak..
sebab takde nasi goreng 3 in 1..
haha..pemalas..
apa yang membuatkan aku susah tidur malam..
adalah.....okey tengok gambar bawah..
siapa yang tak kenal Ashraf Muslim?
apa? korang tak kenal?? biar betul?
ni mesti kes suka duduk terperap bawah besenkan?
kesian........hehehe

adeh, untung habes kot siapa dapat Ashraf ni..
dah la berilmu, bab agama bagus..muka pun kacak..
boleh dikatakan sempurna jugak la..
susah nak dapat lelaki macam ni sekarang..
sebab aku rasa lelaki sekarang..
semua macam hancur jew?? ntah la..
ni just pendapat aku jew..tapi ade kot yang bagus..
tapi terselit-selit antara lelaki2 yang hancur kot..
sebab ramai sangat..ermm..entah la..
bilalah agaknya akan muncul jejaka macam ni tok aku?
hahaha..berangan lebih...okey..papepun..
jum tengok drama Ustaz Amirul tiap jumaat..
tv3 okey..Ashraf Muslim ade tau..hihihi..♥

Monday, January 10, 2011

Gembira dan Teruja!

Apakah yang membuatkan aku gembira dan teruja?? ahaa..semestinya ialah.Anugerah Juara Lagu yang ke 25..yang membuatkan aku bertambah teruja sebab kali ni aku tengok secara live, bukan kat tv tapi dekat konsert dorang..gile gempak la..teruja nak tengok Faizal Tahir aku..sumpah time die nyanyi aku yang paling bersemangat..sangat terbaiklah Faizal Tahir punya persembahan sehinggakan beliau dapat persembahan terbaik..tahniah2..hehe..sangat gembira..tapi serius sangat kecewe dengan keputusan pemenang juara lagu, sebab bagi aku tak best sangat pun, lagu lain yang layak sebenarnya..time pengumuman ana raffali menang AJL ramai gila penonton keluar dari dewan, sebab aku rasa dorang pon sama macam aku tak berapa setuju dengan keputusankan..tapi nak buat macam manakan, para juri yang tentukan segalanya, dorang yang ada sebab kenapa ana raffali menang tahun ni..so terimalah dengan hati yang terbuka tahun ni rezeki ana raffali menang AjL 25..btw..tahniah untuk ana raffali..

ramai gila ar orang

Selamat Malam Sayang~~

Hanyut bersama Faizal Tahir..hehe


komen aku tentang lagu malam AJL 25:

1.Cinta Sempurna- Yuna
okey serius sangat best, yuna bawak lagu ni dengan sempurna.

2.Berlari -Tomok
hebatlah tomok menari, membuatkan aku tak berkelip..haha

3.Pelita-Api
gandingan yang baik antara Lan dengan Noh..vocal Lan tak payah cakap la bagusnyakan..

4.Kebahagiaan dalam perpisahan-shahir
kenapa macam boring jew?ntah la..huhu..Shahir kene tampar? OMG!

5.Drama King-Meet Uncle Hussain
erm..tak tahu nak komen apa, tapi suara Black memang bagus

6.Noktah Cinta-Hafiz
boring sikit kot, sebab hafiz sorang2 jew..tapi serius terkejut time Hafiz jatuh tu..

7.Tolong Ingatkan Aku-Ana Raffali
disebabkan banyak nyanyi dalam kurungan, membuatkan aku ngatuk..huhu

8.Selamat Malam-Faizal Tahir
Oh my bro! kau sentiasa terbaiklah..terasa nak naik pentas nyanyi sama2 lak..hihi

9.Ku ada kamu-adira
adira nampak sangat shomell dengan potongan rambut baru..like a princess

10.Extravaganza-Bunkface
aku tak minat bunkface, so layan tak layan je..papepun, Sam sangat bersemangat

11.Sofea Jane-Black
aku suka langsir2 yang Black gunakan..cam cerita dongeng lak..hehe

12.Hanyut-Faizal Tahir
lagi sekali Faizal nyanyi, okey dia main berenang2 lagi..owh, nasib kamu tak lemas lagi..menangislah aku..huhu..pape pun persembahan yang sangat hebat!!!!

13.Jahat-stacy
macam biasa stacy kalau menari memang hebat..

14.Mencari Konklusi-Hujan
banyak main dengan api persembahan dorang, tapi suka rambut baru noh..;)

apa-apa pun tahniahlah untuk semua pemenang..kite jumpa lagi AJL 26 eh..insyaAllah..

p/s: jumpa AShraf Muslim.sumpah sangat hensem, tinggi.owh lelaki idaman malaya ♥

Saturday, January 8, 2011

Sudah Selesai Exam!

Sudah selama seminggu aku bersengkang mata untuk mentelaah buku akhirnya tamat juga saat-saat yang menggentirkan itu..hahaha..setelah hari-hari yang aku lalui dengan penuh ranjau dan lecak-lecak tanah yang mengotorkan kasut puteh aku, argh!! tension, untuk pergi ke kelas, dan akhirnya aku berjaya ke final dengan bangganya..hahaha( gelak besar )..so perkara yang aku nak lakukan selepas exam adalah, semestinya la untuk merehatkan otak..jum sama-sama kita merehatkan otak..penuhi cuti sem aku selama, dua minggu aku dengan sebaiknya..hihi..apa aku nak buat dengan cuti aku yer? terasa nak pergi melancong la pulak, tapi xde siape nak teman lak..huhu..apa nak buat ek??yang paling penting 9.januari nanti aku nak tengok AJL..live.wee~~

semasa exam

selepas exam tamat( licin)

sangat tak sabar nak tengok my bro perform =)

p/s:ROCK!!!!

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011


sungguh tak sangka, masa berlalu begitu pantas, dah nak masuk tahun 2011 dah..tinggal berapa jam lagi nak tahun baru ni, aku sambut dekat kolej jela..sebab isnin minggu depan aku dah nak final babe! cuak ni..hoho..yang paling penting umur aku dah 20..alamak terasa tua la pulak..hahaha..bila dah terasa tua ni, banyak yang aku perlu wat, macam2 bermain di kepala otak aku ni, harap semua tercapai la (tak termasuk nak kawen ye) lambat lagi nak pikir, sekarang yang perlu aku buat, kene tambah ilmu di dada ni banyak2..untuk masa depan aku yang gemilang..hehehe..so korang, apa azam baru korang untuk tahun 2011 ni??? nak la tahu jugakkan..okeylah, bersempena tahun baru yang bakal menjelma berapa jam lagi ni, aku nak wish to all selamat tahun baru, semoga tahun baru 2011 ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, somaga azam baru korang kali ni tercapai, dan dapat menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang..ewah..

p/s: harap awak berjaya....=)