Saturday, January 8, 2011

Sudah Selesai Exam!

Sudah selama seminggu aku bersengkang mata untuk mentelaah buku akhirnya tamat juga saat-saat yang menggentirkan itu..hahaha..setelah hari-hari yang aku lalui dengan penuh ranjau dan lecak-lecak tanah yang mengotorkan kasut puteh aku, argh!! tension, untuk pergi ke kelas, dan akhirnya aku berjaya ke final dengan bangganya..hahaha( gelak besar )..so perkara yang aku nak lakukan selepas exam adalah, semestinya la untuk merehatkan otak..jum sama-sama kita merehatkan otak..penuhi cuti sem aku selama, dua minggu aku dengan sebaiknya..hihi..apa aku nak buat dengan cuti aku yer? terasa nak pergi melancong la pulak, tapi xde siape nak teman lak..huhu..apa nak buat ek??yang paling penting 9.januari nanti aku nak tengok AJL..live.wee~~

semasa exam

selepas exam tamat( licin)

sangat tak sabar nak tengok my bro perform =)

p/s:ROCK!!!!

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru 2011


sungguh tak sangka, masa berlalu begitu pantas, dah nak masuk tahun 2011 dah..tinggal berapa jam lagi nak tahun baru ni, aku sambut dekat kolej jela..sebab isnin minggu depan aku dah nak final babe! cuak ni..hoho..yang paling penting umur aku dah 20..alamak terasa tua la pulak..hahaha..bila dah terasa tua ni, banyak yang aku perlu wat, macam2 bermain di kepala otak aku ni, harap semua tercapai la (tak termasuk nak kawen ye) lambat lagi nak pikir, sekarang yang perlu aku buat, kene tambah ilmu di dada ni banyak2..untuk masa depan aku yang gemilang..hehehe..so korang, apa azam baru korang untuk tahun 2011 ni??? nak la tahu jugakkan..okeylah, bersempena tahun baru yang bakal menjelma berapa jam lagi ni, aku nak wish to all selamat tahun baru, semoga tahun baru 2011 ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, somaga azam baru korang kali ni tercapai, dan dapat menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang..ewah..

p/s: harap awak berjaya....=)

Tuesday, December 28, 2010

Tiba-tiba..


Adoyy, kenapa tetiba rasa macam ni???
huhuhu..tetiba rasa cemburu..bila pikir balik macam kelakar..
tapi tak boleh nak elak..huhu..tak suka bila rasa macam ni..
tak suka..hilanglah dikau perasaan cemburu..
pikirlah dengan fikiran yang positif okey..pergilah..pergi..pergi..
senyum..=_="

p/s: serabot~

Sunday, December 26, 2010

Wayang Bersama Kak Limah

Erm..disebabkan keboringan bila cuti dekat kolej, aku telah fikir masak-masak untuk keluar berjalan-jalan semalam..hahaha..macam pikir apelak..aku dengan dua orang member aku..kitaorang pergi The Mines, malas nak jauh-jauh, cari je wayang yang paling dekat, kalau nak pergi Mid Valley, jauh sikit la..malas la pulak, boleh jimat skit kos..kitaorang tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab ramai yang cakap cerita ni best..tu yang nak tengok tu, cerita ni tak seram pun, cerita ni cerita hantu kelakar..sebenarnya, aku kalau tengok wayang tak suka nak tengok cerita melayu, lebih suka cerita luar negara punya, bukan aku tak nak sokong cerita melayu kita tapi nanti tetiba dah keluar dekat tv, tu yang malas nak tengok dekat wayang..okey aku nak komen sikit cerita ni, agak sedikit boring la sebab tak ada jalan cerita yang sempurna, kelakarnya pun tak banyak bagi aku la, aku bab-bab cerita kelakar ni demand sikit, orang tengok gelak gile. aku tak gelak pun..pelik dengan diri sendiri..hahahaha..berjalan ni duit aku banyak habis dekat makan, sebab aku suka makan..hehehe..pape pun siapa-siapa yang dah pernah tengok cerita ni, sila beri sikit pendapat anda..yang belum tengok boleh pergi tengok sekarang ye..


p/s: aku just bagi 2setengh bintang jew dari 5..

Friday, December 24, 2010

Gila Korea

dah lama gak la aku tak layan cerita korea, sebab tak tau nak tengok cerita ape, selalunya ada orang suggest dekat aku baru aku tengok, sebab takut jalan cerita tak best pulak buang masa je nak tengok..last cerita yang aku tengok Personal Taste, okey kali nie aku layan cerita He's Beautiful..ramai yang cakap cerita ni best, termasuk pensyarah aku..sebab dia pun peminat cerita korea gak..bila dah semua orang cakap best, mesti la aku nak tengok an..rugi lak bile tak tengok lagi..haha..sekarang drama ni baru je ada dekat tv, wow! tau2 je aku memang menanti drama ni..tapi aku tak tengok dekat tv pon, camne la nak dapat tv dekat kolej nikan..so aku copy dari member aku, tengok dekat lappy aku je..sekarang aku baru sampai episod 5..lama betul nak habeskan..hihi..serius cerita ni memang best, kalau korang tengok dengan aku jangan cakap aku gila lak, sebab aku akan gelak dengan bersemangat bila dapat tengok cerita korea yang best camni..hahaha..sapa yang belum tengok. jum kita tengok sama-sama..

aku tak letak gambar heroin, sebab aku tak suka..ngee

hero drama ni, serius cool..walaupun muka agak kerek..

lee hong ki yang sangat shomell!! kadang2 gelabah lebeh..hihi.♥

ni aku tak kenal, watak dia sangat la baik..lelaki sejati ni..hehe

p/s: layan ost He's Beautiful..lalalala