Saturday, July 4, 2015

Kursus Asas Solekan |Cantik Di Hari Raya|

Assalamualaikum.

syukur kepada Allah untuk kesempatan dan peluang yang satu ini.

semalam dengan izin Allah akhirnya dapat jugak aku join kelas makeup yang dah berzaman sangat aku nak pergi. sebelum ni time belajar takde masa nak pergi sebab sibuk dengan assignment lagi so dengan rasa pasrah terpaksalah lepaskan walaupun hati teringin sangat.

dan akhirnya aku dapat jugak pergi kelas makeup-makeup ni. ini pun aku jumpa dengan Instagram, kebetulan aku memang follow MUA area kawasan aku sebab nak survey tok kawen katanya. so terjumpa akak ni punya IG dan aku berminat dengan cara dia makeup pengantin teruslah aku follow, dan kebetulan nampak iklan dia nak buat kelas makeup, memang takkan la nak lepaskan peluang ni woii.. hee. satunya memang dekat je dengan rumah aku, dan satunya murah! laju-laju aku whatsapp akak tu tanya. zuper exzited!!! haha
berbulan aku duduk rumah jer tunggu kerja tak dapat-dapat, memang rugilah kalau aku tak join peluang yang nikan. serius sangat teruja, dan gembira kemain. satu sebab aku rindu nak masuk kelas nak belajar sebab aku memang suka belajar, satu aku memang suka makeup-makeup ni. suka sangattttt. mata kemain segar time kelas tau. hehe Allah je tahu macam mana rasa gembira time tu.
kelas ni buat dekat Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. dah la tak pernah masuk sini, selalu lalu je. mula-mula agak seganlah lagi masuk-masuk semua kakak-kakak. aku paling muda kottt.. haha. rupanya dorang semua staff dan ada pensyarah kat politeknik tu, aku sorang je orang luar. gamblekan aku? hihi. alaa mula je segan, lama-lama sangat selesa dengan dorang sebab semua jenis meriah dan kelakar. asik gelak je dalam bilik tu. walaupun mereka ni dah jadi mak orang, yang tukang ajar pun friendly. kita nak tanya apa-apa pun tak segan.

sesi pagi belajar teori, step-step makeup, jenis berus, jenis makeup apa semua. dan kak Aqila (Cikgu) tunjuk tutorial dia makeupkan orang supaya nanti kitorang faham macam mana nak makeup diri sendiri nanti. lepas zohor mulalah sesi conteng muka sendiri. wehuuuu. bestnyerrr
tengok barang-barang makeup kak Qila ni, bestnyerr banyak camtu. kerja makeup orang kenalah ada banyakkan. dapat makeup muka dengan barang-barang kak Qila yang super best ni. seronok. dapat guna berus yang betul apa semua.

mata pun jadi warna warni tengok tau. haha.
nilah cikgu aku hari tu. sangat bersabar ajar anak-anak muridnya yang pelbagai karenah. hee.. jawab semua soalan dengan baik. dan ajar dengan baik. thanks kak qila.. muahhh
time ni kelas habis dah, makeup dah cantik-cantik haruslah bergambar. hehe. sempoi belaka semua. harap ada rezeki join kelas lagi..
 sebelum dan selepas, puasa ni muka teruk sikit sebab kurang minum air. nilah hasil makeup diri sendiri, sambil di tunjuk ajar oleh kak Qila. aku dah biasa makeup tak la rasa kekok sangat, tapi banyak aku belajar hari ni  cara yang betul nak lukis kening yang susah tu. haha. sebelum ni buat yang tak jadi selalu, yang jadi tak selalu. so ni dah tahu teknik mungkin lebih senang, yang penting kene rajin buat.

eye shadow yang sebelum ni aku pakai rasa pelik bila tengok muka aku balik, kali ni takde dah.. yeyyy. sukanyaaa.. hehe. hidung pun dah mancung secara tiba-tiba. kakakaka. kene kumpul duit beli barang makeup best-best ni.. hee


 so sesapa yang tengah cari MUA boleh contact akak ni okey.


p/s: EBH kata makeup kali ni cantek.. aww. eheee

Saturday, June 27, 2015

Cuba

Assalamualaikum

cuba? tak tahulah yang aku cuba ni salah ke betul. entah.

lately banyak benda rasa tak okey. siang tadi ada benda buat hati terasa. bengang gila. tahan je air mata. dah la memang mood sehari tak okey, ada je yang menambah-nambah. selalu camni. bila ada satu benda tak okey tu bole la hadap lagi. tapi tiap kali ada satu perkara tak okey. mesti akan bertambah-tambah dengan yang lain. belum hati terubat dengan satu hal tu, ada je tambahan..hmm.

dah la tak seronok dah duduk rumah ni sejak arwah ibu dah takde, sebab nanti asik teringat jer. tu suka duduk kolej dulu boleh buat-buat lupa, bila kat rumah ni ada benda rasa tak okey lagilah teringat. lagi bertambah sedih. dengan takde kawannya.

entahlah tak boleh nak fikir secara waras. rasa nak pergi tempat takde orang kenal, duduk sana. lagi oke kot?

lepas ni aku kena belajar diam kot. dengan apa-apa berlaku. belajar untuk rasa lantaklah orang nak cakap apa pun. tak kisah la sesape orang yang paling dengan ke atau orang yang paling jauh. kene kuatkan hati yang tak kuat ni. tak yah nak merungut ke, nak mengadu ke apa-apalahkan. simpan je sorang-sorang. sekurangnya takdelah menyusahkan dan menyesakkan fikiran orang lain. so takdelah aku pentingkan diri sendirikan?

harap cara ni hati ni tak fragile dah.

Thursday, June 18, 2015

Tetamu Istimewa Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum.

selamat berpuasa semua. camne puasa pertama korang? okey? aku alhamdulillah tahun ni dapat puasa hari first. rasa dah dua tahun kot tak dapat puasa satu ramadhan. perjalanan puasa hari ni pun okey..

okey nak cerita kisah semalam, nak update semalam penat sangat, baru sempat hari ni. semalam En Buah Hati datang rumah, macam biasalah kalau dia pergi upsi memang akan singgah rumah kalau takde pape. 
kebetulan memang nak masak rendang daging. rezeki dia lah merasa rendang daging cili api air tangan aku, hehe. dia kata sedap. awww. berbunga-bunga hati ini.. hehehe
sebelum masak renadang, aku cepat-cepat buah orea cheese ni, laju-laju buat takut tak sempat nak buat yang lain. rupa tak semegah sikit, haha. sebab buat campak-campak jer. satu tak cukup bahan, tapi aku rasa okey jer. EBH dia tak minat sangat cheese so dia tak tau komen. ciss! hahaha mujur ada kek batik febret dia.

 serius semalam tersangat penat, bangun pagi terus pergi pasar beli bahan. basuh baju penuh mesin. dah basuh nak sidai lagi, masak. dari pukul 7.30 sampai ke 12 lebih kot baru settle, boleh duduk legakan badan. penat okey buat kerja rumah ni.. dah la lately belakang, belah atas aku asik rasa macam sengal-sengal nape tah. bila dah penat sangat lagi rasa. malam baring tak sampai soploh minit dah terlelap. hahaa.  ni belum kawen ada anak lagi. fuhhh. #kesatpeloh
dapat jumpa sembang-sembang kejap okey dah. mekasih la sudi singgah. suka sangat time sembang-sembang pasal baju, kasut semua tu.. ngeee.. terima kasih kamera fon membuatkan aku nampak lagi cerah dari dia. haha. realitinya die lagi cerah.

jumpa lagi sebulan ye. raya nanti. inshaAllah.

Saturday, June 6, 2015

Pergi



rasa nak pergi jauh-jauh tak nak balik sini dah.



Friday, May 29, 2015

Temuduga Yang Debar Teruk

Assalamualaikum.

pergh seminggu rupanya dah berlalu. punya malas aku nak taip entry. hari isnin hari tu aku pergi interview kat ipoh. interview butik jer. jauhkan ipoh? memang aku nak stay sana pun nanti, lagi pun kerja kat ipoh tu aman sikit, dari kl aku tak suka nak hadap-hadap jam ni semak ah otak. lagi pon kos hidup kat sana tinggi. dan satunya kalau aku kerja kat kl pun akhirnya mungkin akan berhenti dan cari kerja kat ipoh, so better terus je aku apply area ipoh, walaupun kerja biasa-biasa je tak setaraf degree aku takpe, nanti usaha cari yang lagi betterkan. yang penting kerja halal.

sebenarnya ni pengalaman kedua aku interview, firstime masa tok praktikal tapi tak lah seram tahap gaban macam yang ni. serius debar teruk apa semua adalah. mungkin masa praktikal tu sebab dengan member yang kali ni sorang-sorang dah la tempat tak biasakan. tapi mujur ada en buah hati teman recce tempat semua thanks my dear! rasa lega sangat ada orang tolong, kawan dia kasi tumpang rumah apa semua. alhamdulillah.

interview pun berjalan dengan baik, tinggal tunggu die kol untuk panggilan kedua pulak, harap ada rezeki aku. nak kumpul duit nak kawen ni. heee. doakan keh.
my botak cin! time bujang saja dia dibenarkan botak. haha. dan-dan terkebetulan pakai warna ala-ala sama. terima kasih untuk perjalanan satu hari tu.
serius hari tu makan apa pun tak selera kot. lepas tu bukan makan je tak selera, berapa kali tah aku masuk tandas. haha. tak pernah kot macam ni debar tu biasa, bab masuk tandas banyak kali tu sangat luat biasa. haha.

sarapan kakak ipar aku buat nasi lemak kat rumah makan okey lagi. dah sampai ipoh kenyang sampai ke petang. kakak ipar aku siap bawakkan bekal nasi lemak lagi, seronok feeling orang siapkan bekal tok kite kott. teringat arwah ibu dari aku sekolah rendah sampai ipt selalu siapkan bekal tok aku dari rumah. thanks kak anie.

balik tu en buah hati belanja pizza hut pulak! dah la memang berminggu kempunan nak makan pizza cuma takde masa je nak keluar pi pizza. i is happy gurl and happy tummy~