Monday, March 23, 2015

Tips : Pergi Ke Kellies Castle

Assalamualaikum.

sebelum ni aku ada cerita pasal berjalan kat Kellies Castle kat ENTRY ni, so entry kali ni aku nak share tips-tips nak berjalan sana. hehe, kemain tau nak share tips. aku share mengikut pengalaman aku, dan apa yang aku rasa. kot korang ada tips lain boleh share dekat komen keh.

pertama sekali adalah pakaian. adalah lebih baik pakai seluar dari kain, haha! sebabnya banggunan ni banyak tangga, dan nak naik tingkat atas banggunan kofemlah kena guna tanggakan. so agak susah nak naik tangga bila berkain, aku berapa kali asik terpijak-pijak kain aku nak turun pun pegang kain kang ada yang tergolek macam nangka busuk pulak kang.. ahha.. satu sebab lainnya sebab ada tangga yang sangat kecik kira macam sorang je boleh lalu, tangga yang nilah aku asik terpijak je kain. EBH dok perli aku. kah! baju pun jangan pakai yang terlalu tebal, konfem korang rimas dan ketibas teruk. hahaa. 

kedua, sila pakai sunblock.. lagi kalau korang pergi masa musim panas sekarang ni, aku hari tu pergi pakai uv foundation pon berbelak muka aku woi. haha. dah la kulit muka manis-manis, lagi bertambah manis kena matahari. mujur jenis kulit cepat hilang belang, grrr..

ketiga, bawak sekali shades dalam beg korang untuk tahan matahari. aku pergi tengahari memang matahari memancar dengan bahagianya, naik silau mata. nak bergambar pun tak boleh nak bukak mata besar-besar haha. mujur EBH bawak shades dia, kitorang tukar-tukar pakai. aku punya terlupa bawak tertinggal dalam kereta.. stress! hahaha. owh pastikan pakai yang original ye jangan untuk keselamatan mata. nak yang ori boleh pergi IG YATTAKASAHJUALJUAL (hahahah sempat promote)

muka tahan silau. haha.

keempat, kasut. bagi aku better pakai snikes atau kasut sport. yang perempuan takyah la pakai heels naya korang tergolek kat tangga. selipar okey je, kalau korang nak kaki korang ada belang-belanglahkan. haha. aku selesa snikers, nak jalan nak lari pun senang. sepak orang pun senang jugak. haha.

kelima, alatan bergambar yang mencukupi. haha. kat sini orang memang datang nak bergambar banyak-banyak. EBH bawak aku kat sini sebab dia tahu aku kaki bergambar.bawaklah korang punya, kamera power, fisheye lens, monopod, gopro, apa lah lagi yang boleh.. aku lupa bawak monopod. apa benda tah semua lupa teruk betul! haha.  siapa ada kamere dslr tu memang dapat gambar cun ahkan. 

kat sini ada tempat jual jajan-jajan air so bolelah buat alas perut, kalau nak makan berat tu kena cari tempat lainlah. cenderahati pun ada, harga tu biasalahkan. aku ritu menyesal tak beli satu buat kenangan.huhu.


rasanya tu je kot tips yang aku dapat nak share, kot ada penambahan nanti aku tambahlah. atas ni video tak sengaja terekod sebab cuaca panas sangat, aku tak nampak skrin fon button rekod aku tekan. ahhaha. aku gelak memang takde ayu-ayu ye. ihihi.. kalau  yang memang rekod tak boleh ah nak share. tu kami-kami je boleh tengok. ahhaha.. :P

Sunday, March 15, 2015

Tahniah Hawa Dan Nasrullah

Assalamualaikum.


musim cuti sekolah memang musim kenduri.. 
semalam kawan sekolah menengah aku kawen, dua-dua guru sesuai sangatlah..hihi. tahniah hawa kawen juga akhirnya korang. sebab time sekolah dulu dia selalu sebut nak kawen ha kawen pun. haha. aku je time sekolah mana reti nak kawen-kawen ni, bercinta kera tah pape. ahha tapi sekarang ye nak kawen sebab sekarang dah dengan cinta sejati. waa gitu.. haha

kawan kawen nilah aku akan cuba datang, sebab ala korang semua tahulah sebab apa. sebab memang susah punya nak jumpa kalau takde majlis-majlis camni. batch aku 1991. umur dah tuda dah tak remaja dah so masing-masing tengah dalam perancangan nak bertukar status. termasuk aku lakan. gila taknak. kah!


ni semua kawan sekolah menengah aku dari form1 sampai form5. yang duduk sebelah2 tu dah kawen, siap dah ada yang kendong anak lagi. haha. aku kendong beg tangan je la mampu. batch aku ramai kawen dengan kawan sekolah. kita tunggu bulan 12 ni pun kawen dengan kawan sekolah. haha. aku je suka orang jauh2 ni.. lalala


ni kawan aku time sama amek tingkatan 6 STAM.. hawa pun amek stam sama. lelaki dua orang je ha datang. haha. lain2 semua ramai dekat mesir, maklumlah cemerlang belaka tak macam aku. hahaha. eh Muaz sama plak posisi tangan. haha. tengok kat laptop baru perasan, dia pun budak mesir gak, kebetulan ada kat Malaysia time Hawa kawen gigih dia datang. nanti aku kawen ko tak datang aku tumbuk!! HUH


kita wefie dulu sementara pengantin main kompang-kompang kat luar. haha



raja sehari.. cantik sangat hawa, makeup untuk hari ni cantik. simple. aku siap mintak kad akak yang makeup dia lagi.. terjumpa yang makeup simple dan dekat dengan rumah aku, rugi ah tak amik. hihihihi


cantikkan pelamin, simple. aku suka simple-simple..macam biasa aku amek berkat banyak-banyak. hahaha. time nikah aku duduk belakang pengantin lagi, nampak tak gigih ambil berkat tu camne. hahahaha. 

okey dah, korang doakan aku cepat kawen! 



Friday, March 13, 2015

Design Blog :Tahun Baru Wajah Baru

Assalamualaikum..

siapa yang rajin singgah blog aku mesti perasan yang blog aku ada perubahankan..  lama dah design baru ni tapi baru nak cerita, sebelum ni simpan dalam draft je..ehe.

time akhir-akhir praktikal ritulah aku tettiba rasa nak tukar design baru.. mood tahun baru mungkin, hehe.. lagipun lama dah aku pakai design yang sebelum ni bertahun jugak la. so okey lakan aku tukar yang baru..

design yang lama member aku yang tolong buatkan, tapi sekarang dia dah kerja sibuk so terpaksalah aku cari orang lain. search kat google aku jumpa blog yang amek tempahan design yang murah dan perpatutan http://mellyareenza.blogspot.com . memang terus la aku contact dia, dan rezeki aku sangat dia boleh buatkan. yey! hehe


yang atas lama bawah baru. banyak jugak la aku tukar, cuma masih kekalkan warna gelap sebagai tema. aku tukar taknak ada bunga-bunga, tak nak nampak design yang terlalu gurl-gurl sangat, walaupun aku gurl. siap mention kat adik tu jangan ada warna pink. nampak sangat tak minat warna pink..hehe

just nak nampak simple and nice. supaya pembaca blog aku sejuk mata bila datang blog aku gitew..hihi.. adik ni bagus sangat okey, dia bagi layanan kat aku tiptop punyalah.! gigih betulkan header bila ada yang tak kena dengan mata aku.. setiap segilah, kalau dia buat tak okey tak akan wujud entry ni.. haha


ni dengan footer blog aku.. simple jekan. theme belakang blog pon batu-batu. biar nampak ganas macam tuan dia walaupun hati tisu.. kahkah.. pape pun aku memang suka dengan hasil yang adik ni buat. so korang kalau nak tempah tok design blog boleh ah contact dia. banyak contoh design blog lain yang dia buat. cantek-cantek..

Tuesday, March 10, 2015

Lega

Assalamualaikum..

baru berkesempatan aku nak update blog, sebab sebelum ni laptop aku rosak, so kira ni entry untuk cerita dah basi. haha

btw report praktikal aku semua sudah siap hantar. alhamdulillah dapat siapkan dengan jayanya, lega dia tak payah cakap lakan camne.. nangis2 ngadap benda ni. haha.. terima kasih untuk semua yang bantu aku. lagi-lagi EBH.. paling banyak bantu, dan banyak mengacau..


time ni dia datang rumah. gigih nak datang, tolong cek typo dengan ayat keling aku.. cikgu bahasa melayu sangat dia ni..hehe. mekasih love!


bila dah siap di jilidkan tu. pergh perasaan dia damai sungguh. gembira lain macam. mana taknya penat kot buat benda alah ni. antara kerja yang paling strees aku buat. final sem punya projek pon tak seteruk ini.. haha.


haa nampak tak muka bahagia tu camne..


dorang ni aku sempat jumpa hari tu. mus memang selalu jumpa.. haha. kembar je lama tak jumpa, sebab time kitorang keluar tengok wayang tu dorang ada hal.. time ni dapat lepak biasa-biasa jer, makan cendol tepi jalan dengan karok. tu pun sejam je, mana puas woii. haha. next time kena 3 jam baru puas gila!

Wednesday, February 18, 2015

Praktikal : Report Oh Report!

Assalamualaikum..


okey pratikal dal settle kena buat report pulak.. adoy bole tahan dasyat gak penangan nak buat benda alah ni, lagi nak mengingat apa yang kita buat dari awal praktikal. lagi satunya aku kat rumah ni kerja lambat sikit nak jalan, entah perangai ni memang dari sekolah. sebab orang dah biasa duduk asrama kot.

lagipun sekarang hal rumah aku nak kena handle agak serabut la jugak. lagi nak mengemas rumah yang berminggu takde orang pun satu hal lagi, kadang aku buat je mana mampu simple-simple dulu janji tak nampak bersepah teruk walaupun mata ni sakit je menengoknya. bilik aku pun join gak bersepah, haha memang jenis kalau buat kerja tu kalau tak bersepah tu macam tak normal untuk seorang aku. dia macam kepuasan la camtu.he



sekarang dah tinggal lagi 25 peratus la camtu nak di taip.. aku mintak EBH tolong cekkan ejaan, sebab aku ni kaki typo sikit. haha. biarkan sekolah cuti tapi aku bagi dia kerja.. lalala.. 

berapa hari dah ni tidur lambat, habis mata tak cantik dah.. okey la nak sambung balik menaip report. zzzzzz.