Friday, July 15, 2016

Beraya Rumah Bakal Mak Mertua

Assalamualaikum.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Baru sempat nak update blog. Raya korang camne? Best ke. Raya aku bosan. Haha. Cuma masa nak raya ke empat je ak tak sabar nak jumpa. Sebab? Sebab nak pi beraya rumah en tunang. Heehe.

Ni kira kali kedua aku pi rumah dia, dan pertama kali datang untuk beraya. Ya Allah excited sangat kot, yela selama aku kenal dia tak pernah aku pergi beraya sana, en tunang yang tiap tahun akan pergi beraya rumah aku, tak pernah tak datang. Raya tahun ni aku merasa dulu nak beraya rumah dia. Pastu tahun ni dia tak datang beraya rumah aku sebab takde masa dah aku pun bukan selalu balik bila dah kerja ni. 
#MOTD aku untuk hari tu, natural sahaja. Seganlah pulak nak over-over pi jumpa bakal MIL. Masa raya pertama makeup mengancam sikit hehe. Pergi beraya rumah en tunang barulah aku melaram baju baru sebab baju ni en tunang bagi masa kami bertunang hari tu. Raya first pakai baju lama je malas nak beli baju baru. He

En tunang kata aku cantik. Bhahaha. Sukanya kiteee.. 
Gambar full dengan baju baru. Hehe. Baju ni en tunang yang pilih, kira macam takde tanya pendapat aku dululah okey ke tak. Xpernah dia pilih baju untuk aku sebab aku ni cerewet sikit, tapi dia berjaya pilih sebab aku berkenan dengan baju tu. Hehe. Sebab aku rasa cantik dan seksi pakai baju ni walaupun baju bukan seksi pun. Haha. Yela seksi tukan subjektif.

Dari sebelum kami tunang, sampai lah hari tu barulah kami dapat berjumpa sebulan lebih. Dia sibuk sangat dengan hal study dia. So aku bertabahlah menunggu dia free, sobs. Hari raya pertemukan kami. Gitteww. Haha.
Lama aku dengan family lepak dengan rumah En tunang. Aku datang dengan abah, dan dengan abang dud satu keluarga. Lupa nak tangkap gambar dalam rumah. Sebab segan-segan apa pun jadi lupa. Haha. 

Lama kitorang santai, dari pukul 12 sampai nak dekat asar. Tu pun macam tak puas, hehe. Sebab bukan selalukan nak dapat datang. Bestnya abang dengan kakak ipar aku memang pandai adapt dengan situasi, kakak ipar aku kemain sembang ngomong jowo dengan mak en tunang. Hee akunya krik krik je tak reti cakap jawa. Hehe
Dengan kakak. Mujur en tunang ada jugak sorang adik beradik perempuan. Boleh jadi geng, kalau tak mau pishang goreng. Haha. Mujur jugak kakak sekepala, tunggu masa nak kuar lepak sesama je. Saba jap tunggu da kawen nanti hehe. En tunang nanti sila beri kebenaran untuk kami lepak keh. Ladies day out. Hehehe 

Tuesday, June 28, 2016

Baju dan Makeup Tunang #EdaySuffianurul

Assalamualaikum . 
Yey seperti yang dijanjikan entry untuk baju dengan makeup tunang aku ritu. 
Kita mulakan dengan makeup dulu, sebenarya makeup aku makeup sendiri jer  hehe. Yela sebelum ni dah pergi kelaskan, so rugi la xmengaplikasikan apa yang telah dipelajari gitu.lagi pun aku dah survey awal harga biasa atas rm300 untuk makeup satu event, ni dari yang memang berpengalaman dan makeup cantik. Xkan la ko nak orang makeup muka cincai-cincai plakkan. Untuk jalan -jalan pun tak nak apatah lagi majlis istimewa camni.

So dari aku bayar kat orang beratus camtu, baik aku kuar duit tu beli barang makeup sendiri untung-untung dapat pakai banyak kalikan. Lagi aku memang suka nak mengumpul benda makeup semua ni. Untuk tunang just nak makeup simple jer, en tunang pun dia bukan jenis suka orang makeup tebal-tebal dan aku pun nak nampak natural je. Tunang je pun segan la nak over sangat.
Ha set berus makeup, gigih woi haha. Sebenarnya ada dua jenis set, kalau korang perasan satu batang hitam, satu batang coklat tapi aku gabungkan satu bekas senang nak bawak ke mana-mana just satu bekas je. Hihi. Btw dua-dua set ni aku beli dekat lazada. Serius murah dan kualiti berus tiptop, ala untuk beginner macam aku xyah la nak beli yang mahal-mahal lainlah aku amek job makeup orang, ni conteng muka sendiri je tu pon bila rajin. Tapi xmenyesal beli kat lazada! 

Majlis mula pukul 11, dalam 10.30 camtu aku dah start makeup sebab aku risau kang xmenjadi ke apa ke, yelah aku bukan pro lagi masih belajar. Tapi alhamdulillah tepat-tepat pukul 11 memang aku siap dah, siap pakai baju, shawl semua tinggal tunggu majlis mula. Kalau tang makeup aku selalu ambil masa nak lukis kening, bila tak menjadi boleh rasa nak tumbuk muka orang! Haha over. Tapi masa hari kejadian semua on point. Syukur. Nampak tak camne Allah tu permudahkan.
Gambar atas ni pakai iphone. bebetul fresh lepas makeup, ramai puji cantik aww sukanya kiterrr hehe. See natural je xnak over2 sangat. Btw mascara aku lupa nak buat lapisan kedua bhahahaha. Majlis dah habis baru ingat apa pun tak boleh. Muka aku tak la licin sangat pun ada la si jerawat penyebuk dengan parut sikit-sikit. Stress nak majlis seronok jerawat memunculkan diri, tapi biasa kat kamera memang xnampak sangat. Fuhh hehe
Ha ni barang-barang yang aku guna start dari pelembab sampai selesai makeup. barang makeup murah-murah je tapi kebanyakan semua baru sebab beli untuk pakai time majlis, gigihkan hehe dan aku jimat banyak dari upah MUA untuk makeupkan aku. Aku memang peminat silky girl, mampu milik dan kualiti pun okey, lagi-lagi untuk eye liner dengan eye brow. Eye brow tu antara terbest ah bagi aku. Eyeshadow maybelline tu memang dah lama aku nak beli tunggu wang je ada, dan sekali tu guardian tengah buat promosi perghh laju ah aku amek jimat dalam belas-belas ringgit camtu. Happy gila.

Aku memang akan beli barang makeup bila watson/guardian buat sale, time tulah masa nak berjimat ye dak? Hee. Sekarang tengah aim lipstik matte silky girl yang baru tu. Perghh terbaik warna dia, dengan matte dia. Seksi woo!!! Oh btw foundation yang aku guna tu orang kita yang jual, tu produk dia. Dan dia juga MUA terkenal, satu warna semua jenis warna kulit bole pakai jimat! Nak kongsi pun takde masalah. Tapi sekarang dia ad kuarkan yang latest yang lagi kualiti ni fb dia LBQ pi usha, selagi boleh dapat yang murah dan kualiti setanding yang harga ratus-ratus baik amek yang murah sikitkan.
Ni makeup masa dah tengahari dah peluh-peluh dah time ni sebab panas cuaca dengan panas neves hehe. Makeup still okey, foundation ni aku pakai cuaca panaa die xpecah muka masih maintain hehe

Meh cerita pasal baju pulak.
Ramai tanya baju beli kat mana, dorang berkenan cantik dorang kata. Fuh tak sia sia aku tunggu butik launching baju ni keh. Serius lah untuk baju je berbulan nak pilih, warna apalah design apalah haha. Yela majlis camni sekali seumur hidup jekan. Tapi tulah kite dah cantik-cantik en tunang tak dapat tengok depan-depan. Sobss. 

Ni IG butik yang aku pergi beli, dekat shah alam. Sekarang tengah nak launching baju untuk raya, aku tabahkan je hati untuk x membelinya. Haha

Sebenarnya baru aku perasan tak banyak gambar pose dengan baju ni. Huh! Hehe. Sebenarnya badan aku kalau beli baju ni patutnya saiz M, tapi jenis manusia tinggi lengan panjang so saiz M lengan dia agak senteng aku tak selesa. Maka dengan tabah hatinye kena ambil saiz L. Mujur beza tak jauh sangat besarnya, cuma pinggang kain longgar kena bubuh pin. Haha. Nilah punca aku tak berani beli baju online sebab tak dapat nak cuba nak belek-belek, terus pi butik dapat try baru puas hati.
Okey habis dah cerita aku pasal makeup dan baju tunang. Hehe. Ermm next entry nak story apa eh?

Thursday, June 23, 2016

#EdaySuffiannurul

Assalamualaikum.

29.mei.2016.
alhamdulillah aku selamat menjadi tunangan orang. alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar, dari awal bulan aku sangat sibuk dengan tak sihatnya mujur dah dekat majlis aku sihat dah. cuma memang badan kurus lah hehe. dia punya cuak masa dah dekat majlis tu memang ada macam-macam perasaan rasa, risau ada yang terkurang ke apa ke tapi dengan izin Allah semua dari awal sampai akhir perjalanan majlis memang sangat smooth. syukur sangat.

majlis mula pukul 11 pagi, ini pihak lelaki yang mintak sebab dorang agak jauh. memang tepat pukul 11 dorang sampai. ihihi. masa family en tunang dah sampai baru rasa extra cuak. hehe. tapi aku duduk bilik je, dengar dari celah pintu gitu hihi. mujur ada member-member so dorang buat aku rasa cool. rancangnya nak sarung cincin dalam bilik, tapi mak en tunang nak sarung kat luar dia nak orang lain tengok sekali.


yang pakai serban tu paman aku dialah wakil untuk family aku, yang lain-lain semua dari pihak belah en tunang. yang pakai cermin mata ayah en tunang, duduk atas kerusi abang en tunang yang pakai jam tu. he
ni bakal future MIL, ni kali ketiga jumpa hehe. masih segan tapi kurang sikit dah. 
kakak , tinggikan hehe. aku yang dah biasa antara yang tertinggi bila dengan member jadi kecik berdiri sebelah kakak. ehehe
my besties yang memeriahkan majlis hari tu siap tido rumah aku lagi, thanks ladies love u!
adiik beradik aku, serius dorang takde tak tahulah aku nak buat camne, banyak sangat tolong aku, lagi abang-abang aku. syukur ada adik beradik yang sudi nak tolong.
anak-anak buah, makcik dah tenggelam kat tengah. haha. dah besar-besar senang dah boleh mintak tolong.
abah, tak sempurna sebenarnya ibu takde. teringin sebenarnya nak tengok reaksi ibu bila anak dia yang sorang ni dah bertunang, anak dia yang dulu tau makan je, nak kawen dah. dari dulu lagi aku selalu bayangkan camne reaksi ibu, sibuk dia camne, sembang dengan dia pasal hal majlis ni. sembang sesuatu yang lebih serius, pendapat dia, idea dia. tapi takde rezeki aku nak rasa semua ni. nak buat camnekan. Allah sebaik perancang.
next entry aku cerita pasal baju tunang aku, hantaran dan makeup oke? hehe. muaahh. en tunang takde dalam gambar? memang takde sebab dia ada kelas masa hari kejadian.. sobsssss




Wednesday, April 20, 2016

Umur Target Kahwin?

Assalamualaikum

tiba-tiba topik umur nak kahwin ni kuar, sebabnya topik ni keluar kat twitter pagi tadi. hehe. aku rasa semua orang ada target umur masing-masingkan? tapi tak mustahil jugak ada yang tak target pun kira tunggu jela sampai seru camtu. tapi tunggu takde usaha tak guna jugakkan? bab jodoh ni pun kena usaha jugak keh. hehe

target aku? sebelum umur 26 kira umur 25 tu macam dah paling maksimum ha camtu. sebab 26 tu macam dah tua sangat je, lagilah untuk orang perempuankan. dan target yang aku nak tu inshaAllah aku dapat. ehehe. selagi belum lafaz nikah dia tak boleh kira 100% lah target aku berjaya. hihi. tapi semua berlaku dengan izin Allah jugak, sebab semua dah Dia tentukan dari awal.

bab usaha? mestilah ada, haha. usaha untuk takle bakal jodoh supaya sukakan aku. kakakaka. dan usaha dengan penuh sabar tunggu masa diizinkan untuk bersatu yang makan banyak tahun, hal satu ni kalau aku tak sabar tak menjadi gak umur target nak kawen aku dapat ni. usaha nak kekalkan hubungan yang ada lagi, dan lagi satu usaha si dia nak halalkan perhubungan. haa nampak tak betapa pentingnya sebuah usaha.

dalam dunia ni apa-apa Allah kata kau nak apa-apa kena usahakan, ingat semua benda datang bergolek ke? kalau semua benda nak datang bergolek, sia-sia je kau hidup kat dunia ni.


okey sekarang aku tengah usaha untuk menjayakan majlis bulan 5 ni. majlis kecil dulu, yang bab ni pun macam-macam punya hal aku fikir. fuhh.. bab baju je pun makan bulan, apalah payah sangat seorang aku ni. haha. tu baju, kek? pun sama makan bulan adoi. kejap nak camni, pastu last-last camni. belum hal menghias hantaran lagi. yang ni paling aku pening dan stress sebab aku memang sangat gagal bab menghias berunsurkan bunga. sebab aku dan bunga ni kurang berjodoh camtu. haha

harap semua berjalan lancar bila tiba masanya. tak sabar sebenarnya ni. hihi. member aku pun sibuk tak sabar lagilah aku ni ha tuan badan. lagi tak sabar teruk. tinggal sebulan lebih je lagi ni. mudah mudahan.

Friday, February 12, 2016

Dinner Date With Future Family For The First Time

Assalamualaikum.

awal februari aku banyak berlaku benda best. alhamdulillah. semoga banyak lagi benda best berlaku lepas ni. dalam hidup aku atau hidup korang. amin.

rabu malam lepas aku pergi makan steamboat. hehe. nak cerita bukan pasal makan steamboat tu, nak cerita pergi makan dengan sape tu yang lagi penting dan best, hal makan no dua. hehe. aku pergi makan dengan bakal mertua dan bakal ipar-ipar hehe. dorang datang dari perak pi jalan-jalan kat SCM pastu makan kat klang, dekat dengan tempat kerja aku plak. he  yang terujanya sebab kali pertama pergi dinner dengan dorang. dan kali kedua aku jumpa family En Buah Hati, kali pertama masa time merisik bulan 12 ritu. yang kali pertama tu takyah cakaplah segan dia macam mana oi. segan teruk dan rasa macam.. arghh apa perlu aku lakukan!!!! haha 

dan kali kedua ni segan jugaklah, tapi dah tak segan macam masa merisik ritu aku dah mula selesa dengan family EBH. dorang pun layan aku baik, terasa di sayangi lebih. hehe. yang ajak dinner ni pun bakal mak mertua. aww aww. 
nampak semangat makan. haha. aku tak biasa makan steamboat sebenarnya, ni firstime makan kat kedai sebelum ni makan orang wat majlis kat rumah. nak amek apa pun tak reti. hee. duduk sebelah bakal MIL dia asik letak makanan je kat pinggan aku. haha. sampai satu tahap memang aku tak boleh telah dah kalau telan rasa nak keluar balik, memang bersulam air wat telan makanan tu maksudnya kapasiti dah tak boleh nak masuk lagi makanan dan orang sebelah kiri aku tulah aku transfer makanan. hehe.


 mak dia kata aku makan sikit, rasa macam dah banyak tak tahulah. haha. mak dia kata aku kali ni nampak berisi sikit banding time merisik hari tu. erm erm. ini semua salah EBH suruh aku makan banyak-banyak. haha. tak kisahlah janji mak mertua sayang. lalalala

seronok aku tengok parents dia makan, lepas ni cari steamboat best-best bawak dorang pergi pulak. hehe. dah lama tak makan dengan family kat kedai macam ni. rasa macam dah 4/5 tahun kot, ke lebih seronok bonding time camni, aku suka. tapi bila dengan family EBH rasa pelik sikit sebab aku dah biasa family ramai dengan anak-anak buahnya, tapi kuar dengan family EBH tu jela. parents dia, kakak dan abang rasa macam ada yang tak datang, walhal memang tu jela. haha. 2 3 4 tahun nanti ramailah, tahun ni tambah sorang. kiki. :P
ni kakak dengan abang EBH, sori la kakak gambar ni je ada. adik akak yang snap tah pape. hehe. first time ni muka dorang masuk blog haha. lepas ni banyak la.
masa nak balik tu rasa macam nak ikot dorang je balik hutan melintang, sabar yatt sabar tak lama je lagi. gedikkan. kitorang datang asing-asing, jumpa kat masjid pastu abang dia dari shah alam jumpa kat kedai. masa nak balik tu mak dia soh tunggu aku gerak dulu baru dorang gerak. aww so suweetnyeeee. satunya dah la aku tak tahu dorang tunggu, aku gerak lambat sikit sebab tunggu waze lembab. erm erm, terasa di sayangi lagi. hehe.

thanks semua, thank mak ajak makan, thanks kakak belanja. thanks abang yang serius, thanks ayah geng tak makan sayur. hehe, thanks EBH untuk usaha awak. sayang semua!

ada rezeki nurul belanja pulak okey :*




p/s: masa tengok mak gelak-gelak seronok dapat makan steamboat sedap terbayang ibu, harap aku boleh tumpang kasih sayang dekat mak :)