Monday, November 2, 2015

Hai November. Semoga Baik-Baik Sahaja Oke?

Assalamualaikum

dah bulan november dah. bulan paling febret sebab november bulan aku lahir. biasanya bila bulan november je banyak lah pengharapan yang aku ada. so november untuk tahun  ni sangat banyak pengharapan yang aku letak. dan tinggi jugak pengharapan aku untuk dapat aku yang aku nak tu, 

sebab banyak dah aku hadap ni, salah satunya pengharapan sangat untuk dapat kerja sebab lama sangat dah ni duduk rumah, tepu dah segala bagai badan otak semualah. bosan nak mampus pun satu hal, sebab aku bukan jenis boleh duduk rumah lama-lama, dah biasa duduk asrama, kolej yang ada ramai kawan-kawan. satunya kat rumah sini aku mana ada kawan ada sorang tu pun sibuk kerja.

so hidup aku dengan gadjet je lah. laptop, fon tu jelah aku hadap. internet jelah hidup aku. so nampak tak bosan dia macam mana? huhh. ingat seronok ke ngadap benda tu hari-hari. takde life langsung kot. kat wasap jelah aku sembang dengan orang, tu pun bukan nya dua puloh pat jam nak bersembang pun. kadang tengah sembang-sembang hilang, maklum la masing-masing ada hal masing-masing ada yang kerja. so camtu aku menjadilah krik krik. sobs.

EBH pun sama sibuk, wasap-wasap hilang dia pun bz. duduk rumah biasalah banyak masa terluangkan tu macam banyak bosan jer, so kalau dah kerja takdelah rasa bosan sangat kot. malam pun mesti penat nak tidur awal so takdelah mata segar sebab siang dah tido, kah. member aku sorang tu gigih nak kol aku malam nak ajak sembang, tapi sebab siang dia kerja so sambil nak tunggu masa nak sembang dengan aku dia dah tertido dulu. pastu bazir je dia punya panggilan yang dia wat tu. haha. gigih sangat. banyak kali plak dah tu. bila nak berjayanya entah lah. haha. 
so harap banyak benda baik yang berlaku bulan november ni. lagi hari isitmewa aku. takde yang rosakkan mood, itu yang paling penting.

Wednesday, October 21, 2015

Movie Review : GOOSEBUMPS. Seram Sejuk Ke?

Assalamualaikum.

 akhirnya minggu lepas hujung minggu aku menjadi tidak bosan. sebelum-sebelum ni hujung minggu aku sumpah macam puii!!
last minit rancang ni, kebetulan aku pergi rumah abang aku dekat kkb so cuba cari peluanglah nak pergi kuar lepak. lagi pun aku ada dua tiket free expired bulan oktober, memang laju jela kepala otak dok fikir nak pergi tengok wayang nak ajak sapa apa semua. kebetulan member aku dok wasap aku, terus dapat idea nak ajak dia. hehe.

lagi pun dah lama tak jumpa, dapat jumpa dapat lah kongsi-kongsi cerita. dah lama tak gosip-gosip dengan kawan. ahh seronok. kawan baik masa sekolah menengah ni, antara member yang kira macam senang nak jumpa lah dari yang lain. gitew. hee
rezeki dia jadi partner aku hari tu, dah lama aku fikir nak ajak sapa untuk share tiket free ni. nak ajak EBH dia jauh, nak jumpa pun susah tak tahu bila dapat jumpa. tiket free, set popcorn free rezeki untuk my yunk bear :* seronok tengok tiket semua rm0.00 hehe

di sebabkan aku tak rancang pun nak tengok wayang, so aku tak study apa movie best yang ada. aku jenis study dulu kalau nak tengok movie sebab taknak rasa tak berbaloi dengan cerita yang tak best. last-last aku redha jelah dengan pilih movie goosebumps ni, cerita ni pun aku perasan kat iklan camtu-camtu je pun aku tengok tak fokus sebab tak rasa nak tengok wayangkan.

dan akhirnya berbaloi! tak rugi pilih cerita ni, santai hilang stress aku. dah la free semua, dapat tumbler kepala drake lagi.

aku cerita sikit cerita ni secara ringkas. zach ni dia baru pindah dekat kawasan tu, dan berjiran dengan hannah dorang baru nak berkawan tapi ayah hannah tak bagi dorang berkawan. satu malam zach nampak hannah dengan ayah dia bergaduh, dan dia ingat ayah hannah dera hannah. so dia nak cuba masuk rumah tu dan selamatkan hannah.

tapi benda lain yang jadi, dorang terbuka buku misteri yang ada kat rumah tu dan menyebabkan isi buku-buku tu keluar, dan misi dorang kena masukkan balik isi-isi buku yang telah keluar tu. nak tahu dorang berjaya ke tak, kene ah tengok. hehe


cerita ni memang banyak scene kelakar tau, aku rasa dari awal ada scene kelakar. kat wayang meriah dengan orang gelak. so siapa nak tengok cerita santai tak berat sesuai lah layan movie ni.

4.5 bintang aku bagi


Sunday, September 13, 2015

Bukan Aku, Tapi Kita.

Assalamualaikum.

alhamdulillah. esok aku dah mula kerja, kerja taska je. sementara belum dapat kerja yang lagi better boleh lah tambah pengalaman wat cantikkan resume gitu. hehe. 

sebenarnya kerja taska ni aku tak mohon pun adik junior aku tetiba wasap nak kerja ke tak. sebab taska mak dia memang nakkan orang untuk kerja. aku dah memang bosan duduk rumahkan, memang nak sangatlah. jumaat lepas aku pergi lah kira macam interview gitu. dan akak tu terus je terima aku sebab dia memang nak pekerjakan hehe. alhamdulillah semua okey dan berjalan lancar, dan aku dapat kerja situ.

sebenarnya petang tu aku dengan EBH ada sembang-sembang pasal hal kawen. dapat green light dari mak dia dah. hehehe. sukanya kitaaaa. so sembang-sembang pasal hal kawen apa semua, dan malamnya aku dapat wasap untuk kerja taska ni. terus dia rasa macam speechless gitu. aku anggap ni rezeki Allah untuk kami, sebab memang nak kumpul duitkan nak kawen. kalau boleh malas nak mintak-mintak kat parents ni.

serius sangat gembira dan teruja. harap aku boleh kerja dengan baik. dan budak-budak yang aku jaga ni semua behave-behave la ye. hehe. korang doakan aku jugak ye.  muahh



Monday, September 7, 2015

Movie Review : Sinister 2 | penat jantung |

Assalamualaikum.

murah betul rezeki konvo, ramai betul orang belanja aku makanlah itulah ini lah. alhamdulillah. semoga kawen nanti lebih luas rezekinya. lepas konvo ritu aku still stay kat kolej sebab nak tunggu tarikh pulang jubah lambat lagi. nak balik jauh bazir, tetiba adib wasap die nak belanja wayang. laju jela nak join orang belanja. hehe lagi pun tengah boring gila duduk hostel kolej tu sebab semua member dah balik.
so kitorang bertiga jela yang free, mujur fatin boleh join kalau tak mau la tak jadi kot. takkan aku berdua je dengan adib tengok wayang tak kot. hehe. kalau aku single mungkin ye :P

makan pun adib belanja secret recepi pulak tu, haha. dia yang nak kitorang ikot jer. siap cakap order jela apa korang nak. pergh adib pergh. haha. mujur tak tamak order banyak makan satu pinggan dah kenyang teruk. semoga murah rezeki adib. dua kali die belanja kitorang makan.
wayang kitorang pilih sinister 2, tu pun sebab takde cite best lain nak tengok. yang best lain ada aku dah tengok, ada fatin dah tengok.

meh aku cerita sikit pasal sinister 2 ni. kisah pasal satu family, mak dengan dua orang anak pindah kat satu rumah ni. dan rumah tu ada penunggu dia. hantu tu paksa dua orang budak ni tengok video yang hantu tu rakam masa dorang hidup, video dorang bunuh family dorang dengan tragis gitu. so kira macam dorang nak budak dua orang tu buat benda yang sama jugak, jadi ke tak dorang buat? korang kena lah tengok sendiri.

cerita ni tak seram pun, tapi banyak part terkejut-terkejut. memang kanak-kanak dengan ibu mengandung sangat tak sesuai tengok. hantu die tak seram langsung pun, aku yang sihat ni pun rasa penat terkejut je. rasa ni cerita yang aku rasa penat tengok, kuar wayang pening kepala. pape tah cerita. haha. yang satu aku tak ingat dah tengok belum, pengakhiran cerita ni cara macam ada yang ke 3. sebab orang belanja aku tengok la, kalau tak jangan harap bazir jer. 3/4 bintang aku bagi untuk cerita ni.
lepas wayang terus balik sebab petang tu aku nak pergi pasar. hehe. gigihkan. btw inside out aku tengok jugak dah, tapi kat online boleh tahan la cerita dia. kanak-kanak sangat sesuai tengok. kalau nak tengok kat wayang bagi yang dewasa tak yah kot.hehe

Thursday, September 3, 2015

Aku Dah Bergraduasi!

Assalamualaikum.

sebulan tak hapdet blog sebab takde aktiviti menarik nak cerita. tapi sabtu lepas ada aktiviti yang sangat menarik. aku dah grad!!! hehe. lama sangat aku tunggu hari ini menjelma. xcited sangat.. ehhe. malam sebelum hari grad serius tak boleh tido lena, pukul 1.30 terjaga pukul 3 terjaga lagi pastu pukul 5 terjaga terus takde tido dah. satu dok risau takut aku bersiap lama sangat, nak sarapan apa dulu semua. satu risau dengan EBH yang  dalam perjalanan tak sampai-sampai lagi. gila tak risau dia datang dari jauh tu. 

hati berdebar-debar tak yah cakap la camne macam nak nikah. haha over tak? sarapan pun takde selera makan sikit jer. ingat EBH dah sampai hilang lah debar, idok juga. hee. sampai dah masuk dalam dewan dah duduk baru hilang debor, dan rasa lapar!! dah ler berjam duduk dalam tu.
gambar pertama untuk hari itu. haha dia segan sebenarnya, nasib la dapat buah hati tak tau malu sangat ni. hari graduasi tak yah nak segan-segan, kalau hari biasa gila kau nak selfie camni dalam kolej. kahkah. bila nampak EBH dah sampai fuh tenang sikit hati, sikit jela. sian dia dok kene bebel dengan aku. mekasih awak, gigih nak sampai awal sebab nak masuk dewan. :*
sebelum beratur nak masuk dewan jumpa dorang dulu wefie sekali. time ni cuak lagi, lagi tak nampak muka member lain tak sampai.
budak kelas aku, ujung empat orang yang perempuan tu senior aku. grad sama dengan kitorang sebab ada problem tak grad tahun lepas. sebenarnya tak sempurna ahli kelas aku ni. ada yang tak datang konvo.
masa ni dah mula rasa lapar, mengantuk pun ada apa semua. nasib tak rasa nak terberak ke terkencing ke. haha
muka dah lega dah naik pentas, punggung dah panas tak sabar nak keluar. hehe.
lepas keluar dewan aku bergambar dengan kawan kelas kejap, lepas tu family
kalau tak yang datang konvo aku abang aku sorang, abah dengan EBH jer. sekali tengah beratur untuk gambar studio tetiba anak buah perempuan aku hulur bunga. haha terkejut aku kata tak boleh datang ada hal. sekali saja buat kejutan~! terharu sangat. gambar penuh satu family nanti aku post lagi satu entry khas. hehe
lepas gambar-gambar dengan family, makan semua aku dengan EBH terus pergi putrajaya. sebab nak bergambar lah!! seronok betul bergambar. hehe sebab aku memang suka. lagi-lagi dengan EBH. sian dia penat berjalan jauh kena paksa pose-pose. gigih layan aku. terharuuuuuuuu
muka kena paksa pakai jubah aku. haha. comeynya!!! lepas ni tunggu konvo awak pulak keh. time tu status dah bertukar dah tu.. hihihihi.
seronok main lompat-lompat, walhal panas belengas sangat time tu. tapi biasalahh gigih nak dapatkan gambar cun. punya banyak gambar hari tu. tapi aku rasa tak banyak pun. haha.
hai en penguat semangat. terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak untuk hari itu, gigih datang dari jauh, belikan bunga, bagi hadiah lagi, lanje makan. layan saya macam-macam. walaupun penat. layan karenah saya yang tah pape. sangat gembira hari tu. thanks sangat. u always do the best for me!!



p/s: ada entry lagi ni kene tulis. hehe