Thursday, June 18, 2015

Tetamu Istimewa Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum.

selamat berpuasa semua. camne puasa pertama korang? okey? aku alhamdulillah tahun ni dapat puasa hari first. rasa dah dua tahun kot tak dapat puasa satu ramadhan. perjalanan puasa hari ni pun okey..

okey nak cerita kisah semalam, nak update semalam penat sangat, baru sempat hari ni. semalam En Buah Hati datang rumah, macam biasalah kalau dia pergi upsi memang akan singgah rumah kalau takde pape. 
kebetulan memang nak masak rendang daging. rezeki dia lah merasa rendang daging cili api air tangan aku, hehe. dia kata sedap. awww. berbunga-bunga hati ini.. hehehe
sebelum masak renadang, aku cepat-cepat buah orea cheese ni, laju-laju buat takut tak sempat nak buat yang lain. rupa tak semegah sikit, haha. sebab buat campak-campak jer. satu tak cukup bahan, tapi aku rasa okey jer. EBH dia tak minat sangat cheese so dia tak tau komen. ciss! hahaha mujur ada kek batik febret dia.

 serius semalam tersangat penat, bangun pagi terus pergi pasar beli bahan. basuh baju penuh mesin. dah basuh nak sidai lagi, masak. dari pukul 7.30 sampai ke 12 lebih kot baru settle, boleh duduk legakan badan. penat okey buat kerja rumah ni.. dah la lately belakang, belah atas aku asik rasa macam sengal-sengal nape tah. bila dah penat sangat lagi rasa. malam baring tak sampai soploh minit dah terlelap. hahaa.  ni belum kawen ada anak lagi. fuhhh. #kesatpeloh
dapat jumpa sembang-sembang kejap okey dah. mekasih la sudi singgah. suka sangat time sembang-sembang pasal baju, kasut semua tu.. ngeee.. terima kasih kamera fon membuatkan aku nampak lagi cerah dari dia. haha. realitinya die lagi cerah.

jumpa lagi sebulan ye. raya nanti. inshaAllah.

Saturday, June 6, 2015

Pergi



rasa nak pergi jauh-jauh tak nak balik sini dah.



Friday, May 29, 2015

Temuduga Yang Debar Teruk

Assalamualaikum.

pergh seminggu rupanya dah berlalu. punya malas aku nak taip entry. hari isnin hari tu aku pergi interview kat ipoh. interview butik jer. jauhkan ipoh? memang aku nak stay sana pun nanti, lagi pun kerja kat ipoh tu aman sikit, dari kl aku tak suka nak hadap-hadap jam ni semak ah otak. lagi pon kos hidup kat sana tinggi. dan satunya kalau aku kerja kat kl pun akhirnya mungkin akan berhenti dan cari kerja kat ipoh, so better terus je aku apply area ipoh, walaupun kerja biasa-biasa je tak setaraf degree aku takpe, nanti usaha cari yang lagi betterkan. yang penting kerja halal.

sebenarnya ni pengalaman kedua aku interview, firstime masa tok praktikal tapi tak lah seram tahap gaban macam yang ni. serius debar teruk apa semua adalah. mungkin masa praktikal tu sebab dengan member yang kali ni sorang-sorang dah la tempat tak biasakan. tapi mujur ada en buah hati teman recce tempat semua thanks my dear! rasa lega sangat ada orang tolong, kawan dia kasi tumpang rumah apa semua. alhamdulillah.

interview pun berjalan dengan baik, tinggal tunggu die kol untuk panggilan kedua pulak, harap ada rezeki aku. nak kumpul duit nak kawen ni. heee. doakan keh.
my botak cin! time bujang saja dia dibenarkan botak. haha. dan-dan terkebetulan pakai warna ala-ala sama. terima kasih untuk perjalanan satu hari tu.
serius hari tu makan apa pun tak selera kot. lepas tu bukan makan je tak selera, berapa kali tah aku masuk tandas. haha. tak pernah kot macam ni debar tu biasa, bab masuk tandas banyak kali tu sangat luat biasa. haha.

sarapan kakak ipar aku buat nasi lemak kat rumah makan okey lagi. dah sampai ipoh kenyang sampai ke petang. kakak ipar aku siap bawakkan bekal nasi lemak lagi, seronok feeling orang siapkan bekal tok kite kott. teringat arwah ibu dari aku sekolah rendah sampai ipt selalu siapkan bekal tok aku dari rumah. thanks kak anie.

balik tu en buah hati belanja pizza hut pulak! dah la memang berminggu kempunan nak makan pizza cuma takde masa je nak keluar pi pizza. i is happy gurl and happy tummy~

Thursday, May 7, 2015

EMPAT | 4 ❤

Assalamualaikum.

selamat ulang tahun untuk awak dan saya.
tak sabar nak wish depan-depan mata, saya boleh pandang awak, awak boleh pandang saya.
sikit lagi jekan? okey sabar ni sabar. hehe

thanks for everything.
love you very the banyak!
simple je tak boleh lelebih, muntah orang lain baca hehe.

doa dari kalian amat dihargai. :)



Tuesday, May 5, 2015

Selamat Pengantin Baru Udden dan Deeba

Assalamualaikum.

baru sempat nak update kisah wedding minggu lepas. sibuk, penat semua ada. dah lama tak turun sekinchan bertahun dah rasanya dulu aku datang time raya jer, dan akhirnya dapat turun sempena majlis udden dengan kak deeba, dan sebab majlis ni dapatlah jumpa en buah hati. hihi. sebab pengantin dua-dua kawan dia, kalau aku pengantin lelaki kenalan lama gitu. haha.

ni kali kedua pergi kenduri kawen sama-sama, first time kawan aku farish kawen ni second time, bila dah pergi kenduri sama-sama ni, soalan yang tanya kitorang bila tu kemain banyak. haha. kalau ada dia aku senang je jawab "tanya orang tu" kalau sorang-sorang pandailah reka jawapan sendiri. 
orang ujung amek berkat pengantin.
yang perempuan kemain senyum lebar  ngadap kemera, tengok yang lelaki. perangai! hahaha
jumpa blogger hafiz hafizol (baju kuning) kat wedding undden, lama dah aku kenal si hafiz ni, dari blog jela. tak sangka dia kawan sekelas dengan udden. haha kecik jekan dunia ni, ramai dah kenalan aku mesti ada yang berkenalan dekat-dekat pusing-pusing. eh! ha camtu. haha ni kali kedua jumpa, first time terjumpa kat alamanda, aku je cam dia, dia tak cam aku. aku tegur dulu kemain malu-malu.haha. jumpa ritu pun ada malu-malu lagi. ahhaha
muka cam meriah jekan. tetapi aku segan. haha tak biasa sangat. orang sebelah aku tu sebuk tiru gaya. hahahaha
dapat jumpa kejap je, sembang-sembang, luah perasaan sikit, kene kaunseling sikit. dia terus aku ke kanan. jalan balik lain-lain arah, kira jumpa kat tengah-tengah jalan camtu. haha. camnilah orang duduk jauh sorang ke timur sorang ke barat. tabahlah hati. eceh!

tahniah pengantin. mekasih bakal pasangan pengantin aku, jumpa lagi.