Sunday, August 4, 2013

Surirumah Untuk Abah

Assalamualaikumm..

akhirnya tertaip juga entry baru.. serius tak pernah lama macam ni tak update blog.. kesian blog tercinta ku ini.. sekarang aku dekat rumah.. so senang sikit la nak update blog.. internet 24 jam.. 

so sekarang aku dah start cuti nak raya.. bila aku dah start cuti, dapatlah abah duduk rumah kat kg.. sebab ada aku boleh jaga.. kalau tak duduk rumah abang-abang aku..abah lagi suka duduk rumah kat kg.. terjagalah sikit rumahnya..

so bila ibu dah takde ni, memang segala bagai aku yang settlekan..kemas rumah semua dah jadi tugas aku.. takkan nak suruh abah, dia pun tak larat dah.. bila ibu takde ni, lain rasanya.. selalunya ibu dah settlekan semua.. aku tolong sikit-sikit je.. tapi sekarang semua aku yang buat.. semalam baru settle bab tukar langsir.. baru tukar langsir, penatnya kemain.. mana taknya, dah tukar basuh, sidai..lipat.. fuuhh...lagi rumah banyak tingkap macam rumah aku.. jadi surirumah bukan satu kerja yang mudah, baru aku sedar..


bila dah settle langsir, baru dapat settle perkara yang lain.. banyak lagi.. mengapu.. mengemop.. tukar cadar dengan langsir bilik pulak.. takpe semua ni aku buat, aku tahu abah happy.. sedap sikit hati die tengok rumah teratur.. sekarang jadi surirumah untuk abah, masak semua memang aku yang settlekan.. walaupun tak reti masak..hihi.. dulu kerja aku request kat ibu nak makan apa.. sekarang orang pulak yang request ke aku..

abah nak makan apa, aku masakkan.. biar dia selera makan.. ikutkan je apa yang dia nak.. jangan sampai abah tak makan.. dan tadi dari pukul 3ptg sampai pukul 7 aku duduk kat dapur tuntang-tuntang.. masak apa yang telah di request oleh abah.. penat tak payah cakap sebab sebelum tu keluar cari kueh-kueh.. balik-balik terus ke dapur.. tak sangka tenaga tu still gagah nak berkerja.. alhamdulillah..

dan bila tengok abah makan bertambah.. okey, tu dah buat aku lega.. aku masak sedap la kot..hehe.. walaupun main campak-campak je.. entah la.. aku rasa talent arwah ibu banyak turun kat aku,sebab ibu terer gila masak.. walaupun makanan tu first time aku masak, alhamdulillah menjadi kira sedap kat tekak la nak di makan anak buah aku pun dok tambah semalam.. tak tahu la orang lainkan, tekak masing-masing.. buat masa ni yang penting abah makan selera.. dan lagi satunya, aku suka masak-masak ni.. suka sangat..seronoknya lain macam, lagi nak masak untuk orang yang tersayang.. 

malam adalah masa untuk berehat, walaupun sekarang tengah dok basuh baju..so bakal suami saya, dah kawin tolong saya kemas rumah dan masak oke? hehe..

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Dan Keluarga.

Assalamualaikum..

hai semorang.. selamat berpuasa.. macam mana puasa korang buat masa ni? baik-baik saje? sihat?? aku alhamdulillah buat masa ni semua berjalan dengan baik.. kesihatan pun alhamdulillah sihat-sihat saja.. 

semalam aku balik..tapi semalam tidur rumah abang aku dulu.. hari ni baru balik rumah kat kampung.. sebab abah aku duduk dengan abang.. balik minggu ni pun sebab abah selalu call tanya tak balik ke.. sejak arwah ibu meninggal paling jarak abah tak call aku pun dua hari kalau tak silap aku.. bila abah dah kol tanya tak balik ke.. mestilah tak sampai hati kalau tak balikkan..

semalam pun sampai-sampai je.. salam abah.. cium tangan semua.. dia yang nangis.. rindu ke aku sangat letew.. lepas ni dah cuti raya nanti baru aku balik kot.. kerja banyak sangat sem ni.. 


hari ni balik rumah kat kampung.. lain rasa balik kali ni.. selalu kat rumah ada je ibu.. ni ibu dah takde memang lain rasa dia.. kosong.. bila rumah takde orang duduk, memang bersepah sikit la.. aku sampai-sampai terus menyapu.. mengemas mana yang bersepah..membasuh.. mengemop.. sakit mata tengok.. kalau ibu ada memang rumah sentiasa berjaga.. bila dah bersih baru sedap sikit mata melihat.. aku pun jenis tak suka bersepah ni..


dan berbuka puasa hari kedua dengan family hari ni meriah jugak.. alhamdulillah.. makanan pun macam-macam.. memang makan puas-puas la aku.. sebab balik kolej nanti tak dapat makan banyak camni.. makan simple je.. kalau berbuka air masak dengan kuih-kuih je.. sahur pun simple je.. nak masak best-best pun takut tak terhabis.. lagi ada member sorang tu tengah diet.. memang tak syok sangat nak masak macam-macam.. member diet tereffect diri sendiri diet jugak.hehe.. lepas tu tinggal tulang belaka jela aku..

papepun kami gembira kumpul sama-sama.. walaupun kekurangan seorang wanita yang aku cinta.. tak dapat lagi nak request makanan febret aku.. kalau dulu memang request je keje aku.. makanan ibukan sapa tak suka.. hmm..rindu masakan ibu...



Friday, July 5, 2013

Ujian Besar Untukku Part 2

Assalamualaikum..

Allah.. hampir satu minggu aku tak mengupdate blog aku.. maaf.. sem ni aku terlalu sibuk.. sem yang paling banyak kerja dalam banyak-banyak sem.. letih memang tak payah cakap lakan.. takpe.. itu semua demi masa depan.. dan entry kali ini aku cuba menyambung kembali entry tergantung sebelum ni.. terlalu lama tergantungnya.. faktor sibuk dan faktor aku mencari kekuatan untuk bercerita..

kini kekuatan semakin bercambah.. insyaAllah...

okey kalau korang dah baca entry sebelum ni tentang kemalangan parents aku.. entry kali ini bercerita kesinambungan tentang kemalangan tu.. pagi yang bertarikh.. 17.jun.2013 (ISNIN).. lagi sekali aku terima panggilan telefon dari abang aku.. satu panggilan yang menyampaikan berita yang sangat tak sedap untuk aku dengar.. panggilan yang mengatakan ibu aku di hospital.. di wad ICU.. dan keadaannya kritikal.. ibu mengalami kecederaan usus.. usus ibu bocor akibat hentakan dari sitbelt.. dan doktor terpaksa buang usus yang bocor dan cuci kuman yang telah merebak akibat kebocoran tersebut..

semalam aku dengar parents aku baik-baik jer..takde cedera.. tapi hari ni aku dapat berita ibu aku kat hospital.. time tu aku tengah siap nak ke kelas.. dalam hati time tu Allah je tahu perasaan aku.. betul ke.. betul ke.. aku masih cuba sedapkan hati yang keadaan kan baik-baik saja.. pergi kelas macam biasa.. macam takde benda buruk berlaku..mujur.. aku takde kelas petang pada hari tu.. mujur.. aku ada kawan yang sudi membantu dan teman aku pergi hospital.. syukur.. syukur kerana ada yang memahami.. terima kasih.. Allah je yang dapat membalas jasa baik korang..

dari kolej aku nak ke hospital selayang tak jauh.. mujur ada kawan yang ada kereta yang berbesar hati nak bawak aku.. thanks Rul.. ko kawan terbaik.. sampai hospital, aku jumpa abah aku.. time tu.. nangis abah time aku salam dia.. aku? aku tahan.. aku tak nak keluarkan air mata aku depan orang.. dan aku kata kat diri aku.. semua baik-baik saja.. siap sembang macam biasa dengan member aku.. time aku sampai waktu melawat belum lagi.. so tunggu.. bila dah sampai waktu melawat.. baru naik ke tingkat wad ICU.. 

time ni.. ramai family aku ada.. nak masuk wad ICU kena gilir-gilir dua orang sekali masuk.. serius.. ni kali pertama aku masuk wad ICU.. wad yang mana kat dalamnya ibu aku.. yang keadaannya tak sedar.. yang hari sabtunya aku jumpa ibu keadaan sihat.. senyum ke aku.. dan sempat bergurau dengan aku.. tapi hari tu.. hanya tubuh ibu yang baring atas katil hospital.. yang badan penuh wayar-wayar.. yang takde respon kalau di panggil.. time aku tengah tengok ibu.. tetiba ada doktor perempuan datang.. dia bertanya hubungan aku.. dan dia suruh aku bawak dia jumpa family aku yang berada di luar.. doktor tu nak beritahu sesuatu.. tapi aku tak fikir negatif pun time tu.. aku masih positif..

aku seiringan dengan doktor perempuan tu keluar dari wad dan kami sekeluarga berkumpul untuk dengar apa yang doktor tu nak bagitahu.. apa yang doktor tu bagitahu.. sesuatu yang menjatuhkan semangat aku.. doktor tu cakap.. keadaan ibu semakin tenat.. operation yang pertama ibu tak bagi respon yang positif dan suhu badannya meningkat.. dan doktor tu kata mungkin akan dilakukan pembedahan untuk kali yang kedua esoknya..sebab takut organ lain ada masalah.. dan mintak ahli keluarga semua ada kat hospital time tu.. dan bila aku dengar ni.. air mata yang aku tahan sebelumnya.. tak tertahan lagi.. bila tengok abah menangis.. lagi aku tak tahan..

dan aku balik kolej jugak petang tu.. dan mungkin esoknya akan ke hospital lagi.. sebab ada urusan yang perlu aku uruskan kat kolej.. kepala aku dah fikir macam-macam.. aku kol buah ati.. dia bagi semangat.. letih sangat badan time ni.. dengan emosi yang tak berapa nak okey.. aku tidur.. tidur yang berharap.. esoknya aku akan dapat mendengar sesuatu perkara yang lebih baik pada hari ini..

lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi 18.jun.2013.. aku dapat panggilan dari anak buah aku.. panggilan pagi-pagi yang aku dapat agak apa yang aku bakal dengar.. sebuah berita yang sangat menusuk hati bila mendengar.. berita di mana ibu yang aku sayangi..telah pergi buat selama-lamanya.. pergi bertemu penciptanya.. bila dapat tahu berita ni.. aku terus kejut roomate aku.. semalamnya die jugak teman aku ke hospital dan tengok ibu aku.. bila aku bagitahu yang ibu aku dah meninggal.. dia terus bangun dan peluk aku.. 

dia tahu perasaan aku.. sebab dia pernah mengalami seperti mana yang aku tengah alami.. die pernah kehilangan ayahnya.. dia pernah kehilangan adiknya.. dia peluk aku.. beri aku kekuatan.. time ni.. aku rasa.. antara percaya dan tidak.. tapi hakikatnya.. aku kena percaya.. percaya ibu aku dah tiada di dunia ni.. percaya ibu dah pergi buat selama-lamanya.. percaya yang ibu takkan kembali lagi.. duduk aku termenung.. cuba mencari kekuatan.. cuba mencari semangat..


lepas subuh abang aku ambil aku kat kolej.. dan bawak ke hospital.. time tu tengah menunggu urusan akhir sebelum ibu di bawa pulang ke rumah.. time kat hospital, ramai saudara datang.. untuk melihat ibu buat kali terakhir.. tapi aku ketika itu.. belum ada kekuatan nak melihat.. bila ada yang datang kat aku..pelok aku.. aku hanya balas dengan senyuman.. cuma satu yang buat aku nak menangis.. bila ada yang cakap.. sambil pegang muka aku.. "sama sangat dengan rupa arwah".. sebak..sebak bila aku dengar.. 

bila urusan kat hospital semua selesai.. aku yang teman ibu dalam van jenazah.. selama ni aku tengok orang yang naik.. tapi kali ni aku yang naik.. aku teman ibu dari hospital sampai ke rumah.. dalam van.. air mata tak dapat aku tahan.. macam-macam aku fikirkan.. dah nak puasa..lepas tu raya.. hadapi semua ni tanpa ibu aku di sisi.. sedih.. terlalu sedih.. sampai rumah.. aku tengok penuh dengan orang dah.. kawan-kawan abah.. kawan-kawan ibu ramai yang datang.. alhamdulillah.. bila nampak lagi muka kesayangan aku ada.. perasaan tak tahu nak cakap.. terima kasih usaha datang dari jauh..

bila aku masuk rumah.. aku salam tetamu yang hadir.. dorang pelok aku.. dorang usap badan aku..dorang cium aku.. bagi kata semangat.. aku lihat mata dorang bergenang.. tapi aku tak.. aku senyum .. aku tak nak nampak terlalu sedih dengan orang.. aku cuba kuat.. 

bila dah sampai rumah baru aku ada kekuatan nak tengok wajah ibu.. bila aku tengok wajah ibu.. terus datang redha aku.. muka yang tenang.. tenang seperti tidur yang lena.. berbeza dengan time aku melawat kat hospital.. wajah ibu nampak yang dia rasa sakit.. tapi ketika ini.. wajah yang tenang.. tenang bertemu kekasihnya.. bila aku pergi kat abah.. abah nampak sangat sedih.. dia menangis.. tapi aku pujuk.. abah jangan nangis.. walaupun aku sebenarnya tahan air mata aku dari jatuh ke pipi.. kakak aku.. merah muka dia.. tapi aku.. muka yang macam takde pape berlaku.. tapi dalam hati.. jauh di sudut hati........

sesuatu perkara yang membuatkan aku bangga dengan diri aku.. aku dapat berkhidmat.. berkhidmat untuk ibu buat kali terakhir.. aku bantu selesaikan urusan ibu kat dunia ni buat kali terakhir.. walaupun pada mulanya aku macam tak berani.. tapi aku cuba.. kerana ini untuk ibu aku.. ibu yang aku sangat sayang.. aku mandikan ibu.. aku kafankan ibu.. aku berjaya laksanakan pesan ibu.. supaya mandi dan kafankan ibu bila ibu dah takde.. akhirnya.. aku berjaya laksanakan.. apa guna ilmu yang aku belajar dahulu kat sekolah.. tapi aku tak praktikkan.. dan ibulah individu pertama yang aku mandikan dan kafankan...

kawan.. belajarlah tentang ilmu ini.. supaya korang tak akan rasa menyesal nanti.. berkhidmatlah.. untuk ibu bapa.. sehingga akhir nyawa mereka... hari ni.. hari ke 18 pemergian ibu.. aku dah mula kuat.. tapi ketika menaip entry ni.. air mata tetap bergenang.. sebab  aku masih terbayang, masih teringat satu-satu peristiwa ni.. Allah beri aku ujian.. ujian yang terbesar bagi aku.. tapi Dia tahu.. aku akan kuat hadapinya.. dan aku.. akan cuba kuat.. sebab aku tahu.. ibu ketika hidupnya.. adalah individu yang tak boleh melihat aku sedih dan menangis....

ketika aku menghadapi ujian ini.. ada yang datang memberi aku semangat.. kawan-kawan..terima kasih.. datang dari jauh menziarahi aku dan keluarga.. budi anda hanya Allah yang dapat membalasnya.. terima kasih..


Monday, June 24, 2013

Ujian Besar Untukku Part 1

assalamualaikum..

entry yang lepas aku hanya cerita serba ringkas tentang apa yang berlaku.. sebab aku masih mencari kekuatan dan rasa untuk menceritakan perkara ni dekat blog aku.. dan hari ni.. aku cuba menceritakan tentang apa yang sebenarnya yang berlaku.. sebab aku tak nak pembaca blog aku tertanya-tanya.. dan aku mahu berkongsi kisah aku dengan pembaca aku..

permulaan cerita jatuh pada tarikh 15.jun.2013.. pagi ahad aku dapat panggilan telefon dari abang aku.. bila aku tengok fon nama yang memanggil abang aku.. jauh di sudut hati aku berasa.. mesti ada something yang tak kena..sebab jarang abang aku nak kol-kol aku ni.. bila ada perkara yang mustahak baru die kol..

dan benar kata hati aku memang ada yang tak kena.. panggilan telefon dari abang aku adalah untuk menyampaikan satu berita yang tak sedap nak di dengar.. beritanya adalah.. tentang kemalangan kedua orang tua aku.. gambar yang korang tengok dekat bawah ni, gambar yang abang aku sent dekat whatsapp.. kereta sangat teruk.. tapi walaupun kereta teruk.. abang aku kata kedua orang tua aku takde pape..

cuma sakit dada akibat hentakan dari airbag dan tekanan dari sitbelt.. okey lega sikit aku dengar.. kejadian yang berlaku ni petang lepas asar.. parents aku otw nak pergi rumah kakak aku di kuala kubu sebab kakak aku ada buat kenduri doa selamat sebab dia baru pindah rumah.. tempat kemalangan pun tak jauh dari rumah aku..

time tu dekat simpat tiga.. abah aku nak keluar simpang ke kanan..time sebelum abah nak keluar simpang tu memang tak nampak kereta kat kiri kanan.. bila abah aku dah keluar separuh tiba-tiba datang sebuah kereta toyota camry yang sangat laju, dan tak sempat mengelak terus melanggar bahagian depan kereta parents aku.. kereta camry ni time tu tengah turun bukit tapi di sebab kan terlalu laju memang tak boleh nak elak dari melanggar kereta parents aku.. akibat pelanggaran yang laju tu menyebabkan kereta abah aku berpusing sebanyak tiga kali dah berlanggar dengan van yang kebetulan berhenti dekat simpang jalan tu.. mujur sangat ada van india tu berhenti.. kalau tak mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk..

bahagian yang camry tu langgar adalah bahagian penumpang.. dan bahagian yang camry tu melanggar juga bahagian penumpang.. bila aku fikirkan balik.. tak tahulah macam mana bahagian tu yang melanggar.. walhal kalau kereta bertembung sepatutnya bahagian pemandu sebab bahagian tu yang aku berselisih kalau kat jalan kan..


jalan yang parents aku accident ni memang jalan yang selalu berlaku kemalangan dan agak 'keras'.. tapi bagi orang yang dah biasa dia akan faham dengan jalan ni.. tapi pemandu kereta camry tu dah biasa jugak dengan jalan ni sebab die student dekat UPSI.. dan kata abang aku jugak lelaki ni pernah kemalangan sebelum ni.. tak mustahil kesalahan lebih kepada dia.. tapi kes ni masih dalam siasatan polis..




ni keadaan toyota camry yang melanggar.. tengok keadaan kereta ni pun boleh tahu betapa lajunya kuatnya pelanggaran tu.. katanya kereta ni kereta baru.. toyota pulak.. tapi boleh teruk sampai macam nikan.. ikotkan hati aku ni.. nak sangat jumpa lelaki ni.. aku nak tengok muka die.. bawak kereta macam jalan die punya.. walhal kawasan yang accident tu kawasan kampung tapi nak bawak laju-laju macam kat highway..haish..

okey.. sampai sini dulu entry kali ni.. akan di sambung nanti.. aku nak cerita separuh-separuh.. biar korang faham..

Wednesday, June 19, 2013

Semoga Dirimu Bahagia.. IBU..

assalamualaikum..

pada tarikh.. 18.6.2013.. jam 4.25 pagi.. telah pergi buat selamanya.. ibu yang ku sayangi menghadap kekasih abadinya..

22 tahun Allah pinjamkan ibu untuk aku merasa kasih sayang darinya.. kini sampai masa.. Dia mengambil ibu ku kembali..

ibu ku.. HASIPAH BINTI SHAMSUDIN.. semoga ibu tenang di sana.. semoga ibu di tempatkan di kalangan orang yang beriman.. hanya doa yang dapat daku titipkan untuk ibu..ibu kita jumpa di syurga ya,,

maaf hanya ringkasan entry untuk kali ini.. nanti aku sambung lagi.. masih mencari kekuatan dalam diri.. walau pada zahir dapat lihat senyuman aku.. batin.. hanya Allah yang tahu..

AL FATIHAH....