Tuesday, February 8, 2011

Tertanya-tanya.

(diambil ketika balik dari kelas petang)

Hari ni kelas aku dua jew, pagi satu petang satu..sem ni jadual aku memang sangat sempoi..haha..suke kot, tapi kadang-kadang boring gak..sebab selang masa antara satu kelas dengan kelas yang lain terlalu jauh..lagi best bile pagi penuh kelas petang takde..haha, melampau..apa-apa pun aku memang suka pergi kelas..sekarang kolej aku budak degree dengan diploma tengah exam..so terasa lapang je kolej macam takde orang, seronok..tapi yang tak berapa nak best bile kelas banyak kunci, petang tadi melilau cari kelas kosong..harap-harap esok tak la macam hari ni..huhu..

sebenarnye yang aku nak cerita sekarang bukan la pasal aku cari kelas petang tadi, sebab takde kaitan dengan tajuk entry aku ponkan..okey benda yang membuatkan aku tertanya-tanya adalah..aku ada sorang kawan laki ni..ulang lagi sekali kawan..lama gak la kitorang kenal, dan agak mesra, tapi..sejak akhir-akhir ni pelik je die ni..suka sangat nak merajuk dengan aku, bile aku tanya die kata takde pape, bila aku tanye lagi die kata aku ada something, dulu aku tak macam ni..bila aku minta penjelasan die cakap camtu, dia kata takde pape die yang terlebih anggap ish aku tak paham la..aku rasa aku layan die same je macam sebelum2 ni..atau pon maybe aku ada salah kot..tapi die kata aku takde wat salah pape pun dekat die..adoyy, semua kata-kata die memang aku tak paham dan membuatkan aku tertanya-tanya..ke aku yang loading??? tak paham apa yang die nak maksudkan?? korang ada penjelasan tak tentang hal ni??? boleh tolong aku??.. huhu..semua apa yang die cakap memang sangat-sangat membuatkan aku tertanya-tanya..hmmm....


Monday, February 7, 2011

Jum Kita Amalkan..

ZIKIR HARIAN

JUMAAT

يَا الله

FADHILATNYA
pengamalnya akan memperolehi ketenangan hati

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

FADHILATNYA
Allah akan hampir kepada kita dan Allah akak memberi segala kebaikan kepada pembacanya

AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم

FADHILATNYA
Dimurahkan rezeki dan mendapat barakah serta disukai oleh setiap manusia

ISNIN

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

FADHILATNYA
Allah memberikan pahala sebesar bukit Uhud bagi setiap kali bacaan dan melepaskan pengamalnya dari sifat-sifat mazmumah

SELASA

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ

FADHILATNYA
Allah akan mengampunkan dosa setahun bagi setipa kali bacaan pengamalnya

RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

FADILATNYA
Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati untuk sekali bacaan

KHAMIS

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِه سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

FADILATNYA
Diampunkan dosa pengamalnya sebanyak buih di lautan dan menghidupkan sepohon pokok untuknye disyurga untuk setiap kali bacaan


p/s: semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya..insyaAllah..

Thursday, February 3, 2011

Mencuitkan hati =)

Semalam aku mula cuti..seronok betul dapat cuti awal, walaupun ada yang lagi awal cuti dari aku huhu..thanks dekat my lecture coz awalkan kelas dapat la aku balik awal..hihi..kalau tak mau tinggal sorang-sorang la aku at rumah..huhu..so macam biasa balik dari kolej ke rumah tentu-tentu la aku naik KTM an takde maknenye nak berjemput..yang aku nak cerita sekarang ni ada perkara yang sangat mencuit hati aku berlaku at dalam KTM..rasa shomell sangat..aku nak cerita pasal dua orang budak perempuan yang sangat bersemangat bersembang, petah sungguh dorang bercakap, tapi dorang bukan orang melayu tau..dorang orang indonesia pelik gak, sekali aku tengok la lencana at uniform yang dorang pakai, kalau mata aku tak salah dekat lencana tu bertulis Sekolah Indonesia Kuala Lumpur..uit! tak tau pulak at Malaysia ni ada sekolah tu..kesiannye aku, adakah aku ni ketinggalan? huhuhu..BTW sekarang aku dah tau...hehe..

tangkap curi2..hihi( khusyuk tol bersembang)

satu KTM aku rasa just dengar suara dorang berdua bersembang, tapi seronok jugak hilang ngantok aku..bagi aku dorang ni bagus tah la..sebab kalau aku tengok kanak-kanak melayu tak macam tu pon ..ish! xbaiknye aku cakap macam ni, tapi ni just pendapat aku la..korangkan selalu tengok cerita Indon an, pelakon kanak-kanak yang petah time lakonan, macam tu la aku tengok dorang..yang membuatkan aku lebih tertarik bila, ada seorang makcik ni tanya nama dorang ( sorang Jasmin, sorang Liya) tapi dorang kenalkan diri masing-masing dengan cara yang berbeza..kenapa aku kata berbeza, sebab Liya kenalkan Jasmin, Jasmin kenalkan Liya..sepatutnya bila orang tanya tentang diri kita mestilah kita bagitau pasal diri kitakan, tapi dorang tak..bijak betul boleh sebut tentang kawan dorang secara tepat siap name penuh lagi, tempat tinggal pon dorang tau..bijak sungguh..senyum sorang-sorang aku tengok gelagat dorang..kalau macam ni hari-hari tak la boring aku duduk berjam dalam KTM tu.. =)

p/s: tengah seleseme..huhuhu..

Tuesday, February 1, 2011

Hari Yang Tak Dapat Dilupakan.

maaf baru nak update..huhu..di sebabkan kekangan masa yang terlampau..haha..kalah PM dah aku ni..sebenarnya mood takde nak update, hari ni baru ada mood..maaf lagi sekali, korang mesti rindu akukan?? haha..member2 blogger aku semua dah update blog dorang cerite pasal gathering, tapi aku baru nak update..sian ngan diri sendiri..ni adalah 1st gathering tok ahli-ahli blogger yang aku join sebelum ni tak pernah pon, tapi yang aku nak cakap sangat seronok gathering ni, sumpah tak rugi aku pergi..mula-mula macam malu-malu gak la..tapi bile dah sembang semua sporting habis, tak pernah lak aku jumpa orang yang baru kenal sehari tapi dah boleh gelak-gelak macam kawan lama..korang memang terbaiklah..bila time balik macam tak nak balik lak, tak puas sembang-sembang lagi..tak pe, ada rezeki kite kumpul sama lagi okey..walaupu letih tapi dalam hati gembira betul..hihi

Cik Bulat, kitorang pergi sama-sama

man dan zamir best makan eskem dengan korang..;)

dah macam kawan lama..=)

bro Ben

pemain bowling terhebat..haha

korang memang terbaik!

hasif, ain, KSP, tia..

selit selagi mampu

best dapat jumpa heliza, sumpah shomell, gojes, lawa, manja, kelakar..semua adalah heliza sangat baik dan sporting..sanggup layan kitorang bergambar..thanks k Heliza...;)

p/s: dah rindu dekat korang lorh..huhu

Saturday, January 22, 2011

Hampir nak kena saman! choii!

huhu..ni bukan salah aku, betul aku tak salah..nak tau tak ceritanye macam mana..okey time ni aku on the way pergi rumah abang aku dekat kuala kubu..adalah lori depan kerete yang aku tengah bawak ni..bapak la lembab gile die bawak..40km/h..haish! nak kata lori besar tak la..kecik je..tah apa tah yang drivernye berangan agaknya..pastu die ke tepi,nak masuk simpang.. okey dalam hati kata..bagus penat nak ikot buntut kau..pastu aku terlanggar la sikit line zebra..korang tau tak line zebra camne?? tak tau?? cari sendiri..haha..okey baik punye depan tu polis, die suruh aku berhenti..tak cuak pun..serius tak cuak..okey, aku bukak tingkap (sambil buat muka shomell) hahaha..dan die mintak lesen memandu, aku bagilah..muka tak cuak ni..cool jew..haha..abang polis yang tahan tu, umur dalam lingkungan 20-an la..muda lagi aku tengok nama kat tag die..yusri..hahahaha..sempat usya tau..

Dengan spek mata itam die tu..cett, berlagak macho..die tanya aku "awak tau tak ape kesalahan awak?? aku dengan selamba cakap tak tahu..okey gaya macam dah nak keluarkan surat saman, sekali die pergi tanya dekat kawan die, aku rasa polis yang lagi sorang ni macam seniorlah..die pulak pergi datang dekat aku..dan die kata " okey jangan buat lagi tau"..hahaha..sangat bagus..nampak sangat polis yang bernama yusri tu, baru lagi..tak yakin dengan apa yang die nak buat..rezeki aku la lepas..nasib ada polis yang senior yang misai agak tebal dengan muka seriusnya dia tu bagi pelepasan kat aku..hihi..so dengan cepat-cepatnye aku blah dari tempat tu..mood bengang tekan minyak kuat-kuat..ahaks~

muka penjenayah yang baru lepas hukuman..hahaha

p/s: hati-hati di jalan raya, jangan sampai terjumpa polis..okey..